Semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala terengganu menganjurkan Program Bomba Bersama Masyarakat sempena Sambutan Hari Bomba. Acara diadakan sepenuhnya di perkarangan balai yang juga menempatkan bangunan ibu pejabat di mana tempat saya bekerja.
Banyak acara diadakan bagi mendekatkan komuniti bomba dengan masyarakat. Antaranya adalah demonstrasi menyelamat di tempat tinggi, demonstrasi penggunaan alat pemadam kebakaran dan demonstrasi memotong kereta yang terlibat dengan kemalangan. Bagi kanak-kanak, pertandingan mewarna diadakan bagi menceriakan majlis.
Malah, tetamu turut dijemput menyertai semua acara yang diadakan. sebagai salah seorang kakitangan pengurusan, saya juga tidak lepaskan peluang untuk terlibat sama. Saya telah mengambil peluang mencuba 'flying fox'. Seronok sebab sebelum ni saya tak berpeluang mencuba. Sekurang-kurangnya saya dah berjaya mengatasi masalah ketakutan di tempat tinggi. Tapi tak tinggi sangat sebenarnya. Dari tingkat atas 'hose tower' je.
Apa pun, diharapkan acara sebegini boleh membantu masyarakat untuk memahami kerjaya kebombaan dengan lebih dekat lagi. Malah, masyarakat juga boleh mempelajari sesuatu tentang pencegahan kebakaran. Penting untuk keselamatan semua.
p/s : Sempat gak bergambar dengan motor bomba...Poyo je...Hehehe....
Ulasan