Langkau ke kandungan utama

Situasi Sebenar...

Hari ni, saya nak sambung sikit mengenai apa yang saya kongsikan semalam. Kali ni, saya nak kongsi situasi sewaktu kejadian tu berlaku.

Pihak bomba yang bertugas untuk mencari mangsa lemas telah turun sejak pagi lagi. Mereka menjalankan operasi mencari dan menyelamat ini seperti biasa mengikut prosedurnya.

Pada sebelah petang, sewaktu semua orang sibuk dengan operasi, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Dua pegawai penyelam bergelut di dalam air kerana mereka tersangkut pada pohon kayu yang ada dalam dasar air tersebut. Namun, salah seorang dari mereka, PB Mazlan berjaya untuk naik ke atas kerana sempat menanggalkan alat menyelam yang dipakai. Sejurus timbul di permukaan, PB Mazlan terus menjerit untuk meminta bantuan.

Rakan penyelamat yang lain segera mendapatkan mereka. Mereka segera menyelamatkan seorang lagi yang terperangkap di dalam air, iaitu PB Aladi. Apabila berjaya, dia kedua-dua mereka terus dikejarkan ke hospital. Namun, hanya PB Mazlan yang selamat dan masih berada di hospital.

Semalam, sekitar tengahari, jenazah PB Aladi selamat dikebumikan di kampungnya di Pasir Puteh, Kelantan. Ramai rakan-rakan dan kakitangan dari bomba yang menziarahi jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. Rata-rata mereka yang hadir terkejut dan sebak dengan kemalangan ini. Malah, tidak kurang juga yang bersimpati dengan keluarga arwah kerana anak-anaknya masih kecil lagi.

Selepas kejadian ini, pelbagai cerita yang timbul. Ada yang mengaitkan kemalangan ini dengan 'penjaga Kenyir' atau puaka yang mahukan mangsa seterusnya. Khabar angin ini makin kuat setelah mangsa yang dicari sebelumnya timbul pada sebelah malam selepas terkorbannya seorang penyelamat. Namun, semua ini kuasa ALLAH. Semua ini tidak dapat dibuktikan secara nyata.

Apa pun, segala yang berlaku ini sudah ditentukan. Ajal dan maut sudah tertulis, dan kita hanya menunggu masanya tiba. Tiada siapa akan terlepas, dan tiada siapa tahu bagaimana ajalnya nanti. Jadi, perbanyakkan amal dan ibadat kita sebelum kita pulang kepada PENCIPTA YANG AGUNG.

Semoga roh arwah PB Aladi B. Hasan dicucuri rahmat...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...