Langkau ke kandungan utama

Majlis Menghargai Wira Selam...

Pagi tadi, sebelum bertolak ke balai untuk kerja-kerja pemeriksaan, saya dan Man sempat menghadiri majlis khas yang diadakan untuk mengingati Wira Selam, Allahyarham Aladi B. Hasan.

Antara tetamu khas adalah pegawai tertinggi dari HQ Bomba Malaysia, Putrajaya. Majlis ini adalah bagi menhargai jasa dan pengorbanan arwah sewaktu menjadi anggota bomba. Malah, pada majlis itu juga dilaksanakan majlis penyerahan ganjaran dan pampasan terhadap ibu dan balu kepada arwah. Antara keluarga arwah yang datang adalah ayah, ibu, isteri dan anak-anak arwah. Mereka dibawakan khas untuk majlis ini.

Sebelum majlis dimulakan, semua tetamu dijamu dengan sarapan pagi. Dalam jam 9.00 pagi, barulah majlis dimulakan. Majlis dimulakan denmgan ucapan alu-aluan oleh wakil HQ Bomba Malaysia. Kemudian, hadirin dipertontonkan dengan video khas mengenai pengalaman dan perjuangan hidup arwah selama menjadi anggota bomba. Ramai hadirin sebak dan pilu apabila melihat video ini, terutamanya ahli keluarga arwah. Saya sendiri sebak sewaktu menonton video tersebut.

Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis penyerahan ganjaran. Dimulakan dengan ganjaran kepada balu, dan kemudiannya kepada ibu arwah. Sewaktu ibu arwah naik ke pentas, saya sekali lagi sebak bila melihat tangisan sayu seorang ibu. Susah untuk ibu arwah melangkah, keadaannya yang sudah uzur menyukarkan lagi pergerakannya. Kemudian, balu arwah sekali lagi naik ke pentas untuk menerima ganjaran dari seorang kontraktor yang menghargai jasa arwah. Selepas itu, balu arwah menerima plat khas yang diberikan kepada anggota yang dianggap Wira Selam. Ketika inilah tangisan balu semakin kuat. Secara spontan juga, para hadirin turut mengalirkan air mata. Saya tak sanggup melihat tangisan balu arwah sewaktu dia dibantu untuk turun dari pentas. Secara peribadi, saya turut sebak dengan nasib keluarga arwah, terutamanya ayah dan ibu arwah kerana arwah adalah tempat mereka bergantung. Selepas majlis berakhir, keluarga arwah diwawancara oleh pihak media. Rata-rata pihak media turut bersimpati dengan nasib mereka.

Bagi saya, majlis ini bukanlah untuk membayar 'ganti rugi' kepada keluarga arwah, tetapi untuk menghargai jasa arwah yang telah berjuang. Sesungguhnya wang ringgit tidak mampu membeli nyawa seorang manusia. Namun, mungkin dapat membantu mereka yang ditinggalkan.

Kepada keluarga Allahyarham Aladi B. Hasan, berbanggalah kerana perginya arwah sebagai Wira Selam yang dibanggakan seluruh warga JBPM Terengganu.


Al-Fatihah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...