Langkau ke kandungan utama

Tewasnya Seorang Wira...

Sekitar jam 4.30 petang semalam, kami di pejabat dikhabarkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Salah seorang anggota bomba penyelam lemas di Kenyir. Ketika itu, Timbalan Pengarah bergegas untuk ke lokasi kejadian. Kami di bahagian pengurusan terpinga-pinga seketika kerana masih keliru dan terkejut dengan apa yang kami dengar. untuk dapatkan kepastian, bos saya menghubungi pihak balai untuk mendapatkan maklumat sebenar.

Menurut pihak balai, bomba ada menerima panggilan kecemasan memaklumkan bahawa ada mangsa lemas di Kenyir. Oleh itu, pasukan penyelam dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat. Pasukan penyelam dari BBP Kuala Berang dan BBP Setiu yang ditugaskan untuk menyelamat kerana lokasi mereka antara yang hampir dengan tempat kejadian.

Sewaktu menjalankan operasi mencari, tiba-tiba satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Dua orang anggota penyelamat yang sedang menyelam tidak dapat naik ke permukaan air kerana dipercayai kakinya tersangkut dengan sesuatu di dalam air. Namun, seorang daripadanya berjaya juga naik dan terus meminta bantuan. Ini menyebabkan rakan-rakan penyelamat lain segera bertindak. Seorang lagi yang belum dapat naik berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan. Namun, sewaktu dibawa ke daratan, keadaannya agak kritikal. Peluangnya 50-50 untuk selamat. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Berang untuk cuba diselamatkan. Ternyata perjuangannya sudah di penghujung. Dia disahkan meninggal dunia petang semalam.

Arwah yang saya maksudkan adalah Aladi Bin Hasan, pegawai bomba unit penyelam dari BBP Setiu. Arwah yang berumur 41 tahun berasal dari Kelantan. Sepatutnya pada 1 Julai, arwah terlibat dengan penstrukturan semula anggota dan nama arwah ditukarkan ke BBP Kuala Berang. Namun, arwah terlebih dahulu dijemput ILAHI. Jenazah telah selamat dibawa ke negeri asalnya, Kelantan pada sebelah malam.

Sepanjang 2 tahun saya berada di bomba, ini adalah kali pertama saya berhadapan dengan perkara seperti ini. Buat masa sekarang, saya belum dapat mengenal pasti wajah arwah. Arwah dikatakan sering ke pejabat saya untuk urusan tertentu dan sering bergurau dengan kakitangan di bahagian saya. Jelas timbul rasa sebak di hati saya bila mengenangkan peristiwa ini.

Kepada keluarga arwah, bersabarlah dengen pemergiannya. Sesungguhnya pemergiannya adalah sebagai seorang wira yang telah berkorban nyawa demi tanggungjawabnya pada masyarakat. Saya cukup mengagumi jasa arwah. Biarlah arwah dikenang sebagai wira yang disegani. Saya berdoa agar roh arwah ditempatkan di tempat yang terpuji.

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ALADI BIN HASAN...


(Klik SINI untuk baca laporan dari Sinar Harian, 17 Jun 2009)

Ulasan

KayKhairul berkata…
Al-Fatihah

hati hati main air...

main komputer pun hati2...hehehehe

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad