Mei lalu, sewaktu ucapan saya untuk Hari Guru, saya ada menceritakan mengenai detik-detik 'susah' hidup saya. Selain mengenang jasa guru, ianya juga turut menggambarkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang bapa.
Sebenarnya, situasi yang berlaku pada tahun 2001 itu bukanlah yang pertama saya alami. Saya mula sedar akan pengorbanan seorang ayah sewaktu saya berumur 10 tahun. Waktu tu saya di darjah empat. Situasinya hampir sama dengan tahun 2001, tapi ini sewaktu saya masih budak hingusan.
Sewaktu sesi pendaftaran pelajar awal tahun 1994, ayah saya ikut serta untuk menjelaskan yuran sekolah. Waktu tu, Saya memang tak sedar penat lelah ayah mengumpul duit untuk pelajar kami. Sehinggalah pada hari pendaftaran, saya lihat dengan mata saya sendiri bagaimana tangan seorang ayah yang selama ini dilihat gagah mencari rezeki, terketar-ketar sewaktu menghulurkan wang kepada guru kelas saya. Wang sekitar RM 150 - 200 waktu tu cukup besar nilainya untuk yuran pembelajaran seorang anak. Tambahan pula, kami tiga beradik telah mula bersekolah. Abang saya pula akan menduduki peperiksaan UPSR, tentu jumlah yurannya agak tinggi. Tapi, demi menyediakan pelajaran terbaik untuk nak-anak, apa saya sanggup dilakukan oleh seorang ayah.
Bila saya lihat keadaan ayah saya sebegitu, timbul satu perasaan yang cukup sayu. Walaupun saya hanya berumur 10 tahun waktu tu, tapi saya seakan sudah mengerti apa sebenarnya yang berlaku. Terus terlintas difikiran saya, patutlah ayah selalu balik lambat dari berniaga sejak kebelakangan ni. Rupa-rupanya, ayah nak cari duit lebih untuk menampung yuran kami tiga beradik. Itu belum lagi kelengkapan persekolahan kami.
Dari situ, saya mula berubah. Kalau sebelum ni, saya sering menjadi anak yang suka meminta-minta, saya berubah menjadi anak yang tahu erti syukur. Jika sebelum ini saya anak yang liat menolong ibu bapa, saya berubah menjadi anak yang ringan tulang. Jika sebelum ini saya anak yang manja, saya berubah menjadi anak yang tabah. Saya betul-betul berubah. Tidak hairanlah jika ramai kenalan keluarga saya menganggap saya matang di usia terlalu muda.
Bila diingatkan balik, saya cukup bersyukur kerana diberi kesedaran kerana bermula tahun 1994, jualan makanan keluarga kami mula merosot. Semakin lama, hidup kami menjadi semakin susah. Sehinggalah kemuncaknya sewaktu saya tersepit untuk membayar yuran SPM.
Namun, walau sesusah mana hidup kami sekeluarga, ayah tetap tidak berputus asa. Demi mencari rezeki untuk keluarga, ayah tetap teruskan berniaga. Sehingga kini pun, ayah masih berniaga. Walaupun tenaga tidak segagah dulu, namun tak akan sekali ayah biarkan kami berlapar terlalu lama. Akan diikhtiarkan juga. Tak dapat saya bayangkan ketabahan sebenar seorang bapa. Terlalu sukar untuk diterjemah dengan kata-kata...
Kepada ayah yang saya panggil abah, ZULBAHRI BIN SYUKUR, jutaan terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya tidak cukup harta dunia untuk membayar segala pengorbanan abah selama ini. Saya berjanji, tak akan sekali pun abah saya persiakan. Abah adalah lambang ketabahan hidup kami sekeluarga.
Abah, selamat hari bapa....
p/s : Tak dapat saya bayangkan hidup tanpa ayah dan ibu...

Ulasan