Langkau ke kandungan utama

Letihnya...

Baru dua hari buat kerja luar, dah rasa macam letih sangat. Kerja yang saya buat tu tak letih pun sebenarnya. Memang kerja mudah je. Setakat nak dapatkan spesifikasi komputer, apa la sangat. Tapi perjalanan tu yang membuatkan saya rasa letih sangat.

Hari pertama buat, saya dengan Man ke Setiu, Jerteh dan Besut. Kami buat kerja kami kejap je. Tapi perjalanan tu buat saya rasa sakit pinggang. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada jalan lain. Buat je la.

Mujurlah semalam kami kat keluar jauh. Keluar pun kejap je, lepas tu kami buat kat ibu pejabat je. Tu pun tak siap lagi. Hari ni dengan esok kena keluar pulak ke balai lain. Hari ni jauh lagi la nampaknya...Huhuhu....

Ulasan

a.r.m~ s.t.r.o.n.g berkata…
sabar riki..
pasneh mesti awok buleh rehat..
owhkeyh..:)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
hehe...susah nok rehat kalu kijo sini....keno blk kb kalu nok rehat skit2....

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …