Langkau ke kandungan utama

Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Runtuh - 2...







Gambar sebelah dalam stadium, setahun yang lalu.


Gambar sebelah dalam stadium selepas runtuhan semalam.

Hari ni, saya tambah gambar. Kali ni gambar dari sebelah dalam stadium. Gambar ni diambil oleh pegawai operasi bomba yang terlibat di tempat kejadian.

Seperti yang kita lihat di berita, kejadian ini mendapat pelbagai reaksi, terutama dari pihak atasan kerajaan. Bagi TPM, siasatan terperinci perlu dilakukan oleh kerajaan negeri mengenai punca kejadian. Bagi Menteri Kerja Raya, kejadian ini nyata memalukan negara. Dari apa yang saya tahu dari pegawai bomba di pejabat saya, ianya mungkin berpunca dari kecuaian manusia.

Sebenarnya, kebimbangan perkara seumpama ini berlaku pada stadium ini telah pun wujud di kalangan pegawai bomba di sini sejak ianya mula-mula dirasmikan. Ada yang tak kena dengan projek pembinaan stadium ni. Sebelum acara SUKMA berlangsung tahun lepas, ada seorang pegawai yang bercakap dengan saya secara berseloroh, menyarankan supaya saya tak perlu pergi ke stadium, takut-takut nanti runtuh. Tak sangka setahun selepas kami berseloroh, ianya jadi nyata.

Saya tak berani dedahkan yang lain-lain sebab ianya isu dalaman dan siasatan masih dijalankan. Nanti kena saman....Hehehe...

Apa pun, kita tunggu la dulu laporan siasatan yang sedang dijalankan. Kalau ada peluang, mungkin saya boleh berkongsi maklumat yang saya sememangnya tahu sejak setahun yang lalu. Sekadar berkongsi....

Ulasan

aieza samad berkata…
sepatutnya ada acara dalam minggu ni atau minggu depan kan. sukan ipta.andai runtuhan ni berlaku semasa acara berlangsung......
mmmmmm
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
spatutnya start hari ni...perasmian jumaat ni...mujur la xjd masa tu...

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...