Tentu ada hikmah di atas apa yang berlaku, kerana ianya telah ditentukan dan berlaku atas kehendak NYA...
Rasanya sambutan awal Ramadhan kali ni paling menginsafkan kami. Dengan dugaan yang mendatang, nyata sekali ianya menguji kesabaran kami. Sejak beberapa minggu lalu, keluarga saya masih tidak dapat berniaga kerana kesihatan mak saya yang tidak mengizinkan. Sekarang pun mak saya masih lagi lemah dan tidak mampu untuk membuat kerja-kerja berat. Malah, dia hanya mampu berehat dan membiarkan ayah saya menyelesaikan tugasan di rumah. Makan minum kami pula bergantung kepada wang yang dikirim oleh adik saya dan gaji abang saya. Saya pula masih belum mendapat gaji pertama saya sepanjang bekerja di sini kerana masalah teknikal. Jadi, segalanya serba kekurangan bagi kami.
Pagi tadi, sekali lagi kami dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan. Ketika ini adik saya berada di Melaka kerana dia mengambil ruang niaga sempena majlis konvokesyen universiti di Melaka. Dalam keadaan hujan yang lebat beserta dengan ribut, sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Khemah niaga adik saya diterbangkan ribut kuat dan menghempap kereta adik saya yang diletakkan berdekatan dengan khemah. Habis remuk kereta adik saya. Palang khemah tu pula terpacak ke dalam kereta melalui cermin depan. Cermin habis berkecai, manakala tiang masih terpacak. Barangan niaga pula habis basah terkena hujan lebat.
Mendengarkan berita ni, lidah saya kelu tidak terkata. Nyata saya cukup simpati dengan apa yang berlaku. Kereta tu baru je beli awal tahun ni. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi dah remuk. Mujurlah tak ada sebarang kecederaan yang berlaku, walaupun pada masa kejadian, tunang adik saya ada dalam kereta. Sekarang tak tahu la macam mana adik saya nak balik. Banyak kerugian yang dia tanggung.
Sebagai hamba ALLAH S.W.T., kita kena redha dengan apa yang berlaku. Semuanya adalah dugaan untuk menguji keimanan kita kepada NYA. Semoga kami tabah dengan dugaan ini...

Ulasan