Aksi perlawanan Malaysia menentang Pakistan Secara peribadi, semua penyokong merasakan bahawa Malaysia patut menang dengan jumlah jaringan yang lebih besar. Mungkin sesuatu perlu dilakukan oleh jurulatih, Ong Kim Swee. Kedua-dua gol terhasil pada separuh masa pertama, iaitu di awal permainan dan minit-minit terakhir separuh masa pertama. Sepanjang separuh masa kedua, Malaysia gagal menembusi pintu gol Pakistan walaupun Pakistan hanya beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain mereka mengasari penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Para pemain gagal memanfaatkan peluang untuk menambah jumlah gol pada separuh masa kedua. Untuk pusingan kedua nanti, Malaysia akan bertandang ke Pakistan. Walaupun berbekalkan 2 gol, skuad bimbingan Kim Swee tidak seharusnya mengambil mudah cabaran dari Pakistan. Malah, Malaysia perlu mempertajamkan bahagian serangan. Kurang persefahaman dan gugup menjejaskan usaha untuk menjaringkan gol. Semoga Kim Swee berjaya mengatasi beberapa masalah
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~