Esok akan bermula saingan Piala FA 2011. Kelantan akan bertandang ke Terengganu untuk bertemu T-Team, satu pertemuan yang unik dan ditunggu-tunggu oleh seluruh penyokong bola sepak Kelantan.
Setelah apa yang dilakukan oleh Indra Putra, Nor Farhan & Azizi untuk 'melompat' ke pasukan T-Team awal musim ini mengundang rasa marah pihak pengurusan dan juga penyokong The Red Warriors. Malah, mereka bertiga dianggap pengkhianat oleh para penyokong. Setiap kali berita kekalahan T-Team diumumkan dalam saingan Liga Super kali ni, para penyokong akan menyambut dengan sorak gembira. Kekalahan demi kekalahan T-Team menjadikan penyokong Kelantan makin bersemangat untuk melihat pasukan dari Terengganu itu tersungkur di laman sendiri dalam saingan Piala FA malam esok.
Dalam surat khabar KOSMO hari ini, jurulatih T-Team, Yunus Alif, mejelaskan bahawa beraksi di tempat lawan sebagai alasan punca kekalahan mereka.
“Kami tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi mungkin faktor terlalu kerap beraksi di gelanggang lawan sehingga menyebabkan pemain keletihan menjadi punca kami gagal bermain dengan baik,” jelas Yunus kepada Kosmo! semalam."
Betul ke pemain keletihan, atau alasan je? Yela, macam mana tak letih, banyak sangat aktiviti luar yang dibuatnya. Semalam pun Indra sempat lagi membeli belah di KB Mall. Saya sendiri pun terserempak dengan Indra. Tak nampak macam letih main je. Letih Membeli belah ada la...Hehehe....
Malah, menurut Yunus Alif lagi, mereka mahu menjadikan Kelantan mangsa kebangkitan mereka.
Namun, T-Team seharusnya sedar cabaran yang bakal mereka hadapi. Kelantan yang semakin serasi dengan corak taktikal jurulatih Datuk M. Karathu seharusnya menjadi ancaman kepada kebangkitan yang mereka harapkan. Skuad The Red Warriors sendiri sudah pasti mahu membuktikan bahawa tindakan 'The 3 Stooges' tersebut tidak akan sekali pun melemahkan semangat pemain lain.Sesuatu yang menarik, Yunus mahu menjadikan juara Piala Malaysia, Kelantan sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan anak buahnya apabila dua pasukan itu bertemu pada aksi awal Piala FA esok.
“Kalau ikutkan jadual, kami akan bermain di gelanggang sendiri menentang Kelantan Khamis ini dan saya harap kami mampu meraih kemenangan,” jelas Yunus.
Kepada para penyokong The Red Warriors, ayuh kita tiupkan semangat perjuangan kepada pasukan kesayangan kita agar kemenangan menjadi milik kita. Biarlah sorakan "Gomo Kelate Gomo" bergema di segenap ruang yang ada.
"Gomo Kelate Gomo"
Ulasan