Langkau ke kandungan utama

Kelantan Sentap Impian Kebangkitan T-Team...

Aksi Khairul Fahmi menyelamatkan pintu gol Kelantan.

Kelantan akhirnya menepati ramalan untuk mara ke pusingan kedua Piala FA 2011 walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menwaskan T-Team. Setelah terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan, pemain beraksi selama 30 minit lagi untuk masa tambahan, namun tiada tambahan jumlah jaringan yang membawa kepada penentuan sepakan penalti. Kelantan menang melalui penentuan sepakan penalti dengan jaringan 6-5.

Sepanjang 45 minit pertama, tiada sebarang jaringan dapat dilakukan. Minit-minit awal perlawanan, T-Team dilihat lebih banyak menguasai perlawanan. Kelantan dilihat sukar untuk mengatur serangan balas dengan rapi. Malah gerakan pemain Kelantan bagaikan serba tidak menjadi. Ini dimanfaat oleh para pemain T-Team. Memasuki pertengahan separuh masa pertama, barulah Kelantan bangkit menyusun gerak-gerak teratur. Namun berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan T-Team.

Separuh masa kedua, Kelantan nyata bermula dengan lebih agresif untuk memburu gol. Hasilnya, Rizal Fahmi berjaya menanduk canti ke arah pintu gol, berpunca dari sepakan penjuru untuk menghasilkan gol pertama. Namun, kelebihan ini hanya bertahan 8 minit. Pada minit ke 61, T-Team berjaya menyamakan kedudukan melalui bekas pemain Kelantan musim lalu, Indra Putra yang melakukan tendangan cantik untuk menewaskan Khairul Fahmi. Serangan mula digandakan oleh kedua-dua pasukan, namun gagal menghasilkan jaringan. Minit-minit akhir perlawanan, Kelantan mendapat sepakan penalti apabila Danial Fadhly dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Indra Putra. Namun, Norshahrul Idlan gagal menyempurnakan tugas dan sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

30 minit masa tambahan gagal menentukan siapakah yang bakal melangkah ke pusingan kedua. Penentuan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Kesemua pemain Kelantan yang mengambil sepakan berjaya melaksanakan tugas mereka. Pemain keenam T-Team gagal menjaringkan gol, sekaligus memberi kemenangan untuk skuad The Red Warriors mara ke pusingan kedua.

Secara keseluruhannya, Kelantan perlu meningkatkan lagi mutu permainan mereka. Prestasi kurang konsisten sebegini boleh mengundang padah. Dalam mengejar kejuaraan untuk musim ini, Kelantan tidak boleh leka. Dapatkan kembali sentuhan hebat para pemain agar The Red Warriors terus di persada bola sepak Malaysia. Apapun, tahniah kepada para pemain kerana berjaya mara ke pusingan kedua. Ternyata kemenangan semalam memberi kepuasan tersendiri kepada seluruh penyokong The Red Warriors.

Gomo Kelate Gomo...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...