Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia 1 (4) - (6) 1 Singapura...

Apa lagi nak dikata.... Semalam, seluruh peminat bola sepak tempatan kecewa dengan kegagalan skuad negara mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan seri 1 - 1 di antara Malaysia dengan Singapura meranapkan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat pasukan kebangsaan mara dengan lebih jauh lagi. Jaringan tunggal Safee Sali semalam gagal menyelamatkan Malaysia. Separuh masa pertama agak mendebarkan untuk skuad negara apabila Singapura banyak mengancam kubu negara. Ketiadaan Aidil yang terpaksa dikeluarkan pada pertengahan separuh masa pertama jelas menjejaskan barisan pertahanan, sekaligus membolehkan penyerang Singapura membuat percubaan. Mujurlah Khairul Fahmi beraksi dengan cemerlang bagi menafikan beberapa peluang bahaya dari Singapura. Keputusan 0 - 0 kekal pada separuh masa pertama. Malaysia menampilkan aksi lebih baik pada separuh masa kedua. Hasil usaha para pemain, gol pertama Malaysia akhirnya diperolehi pada minit ke 57 hasil jaringan Safee Sali. J

Alhamdulillah...Lega Rasanya...

Alhamdulillah...Selepas lebih dua bulan menunggu, akhirnya tiba juga masanya...Apa dia..? Hehehehe.. Hari ni saya dah dapat gaji. Gaji pertama saya sebagai pensyarah di politeknik ni. Lega rasanya sebab dah tak payah nak berhutang dengan sape-sape lagi. Lepas ni boleh la mula bayar hutang yang ada. Yang lebih boleh la beli barang-barang untuk rumah kat kuarters ni. Kosong je sekarang ni...Hehehe...

Dalam Kelas FP103 Computer Application Software....

Hari ni saya tak ada kelas. Jadi, saya masuk je kelas FP103 ni. saje nak tolong Puan Bariyyah...Hehehehe... Sekarang saya dalam kelas. Ni la student DNS1 S1...Senyum semua.....hehehehehe

Perjalanan Tetap Berliku...

J urulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bersama senarai negara bertanding dalam Kumpulan C Kumpulan mana pun Malaysia berada, perjalanan tetap akan berliku. Berdepan dengan gergasi bola sepak Asia, sudah tentu pelbagai persoalan bermain di fikiran. Apakah Malaysia mampu berhadapan dengan kuasa bola sepak Asia seperti Jepun, Korea Selatan, mahupun Australia...? Dalam undian Kelayakan Olimpik, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Jepun, Bahrain dan Syria. Walaupun menjadi pasukan tunggal dari negara Asia Tenggara yang layak ke peringkat kumpulan, namun ianya bukanlah sesuatu jaminan bahawa Malaysia mampu mara dengan mudah. Ini kerana cabaran yang bakal dihadapi terlalu sukar. Jepun sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi kehebatan mereka di peringkat Asia. Malah, Bahrain dan Syria juga semakin digeruni kerana peningkatan yang sentiasa ditunjukkan. Malaysia pula, kembali menyertai kelayakan peringkat kumpulan selepas kali terakhir layak sejak 1984. Memang

Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Sesi Jun 2011 Politeknik Muadzam Shah...

Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pagi tadi, berlangsung Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Sesi Jun 2011 Politeknik Muadzam Shah. Selepas berlangsung selama 4 hari, minggu suai kenal akhirnya ditutup dengan rasminya pagi tadi. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Senator Dato' Maznah Binti Mazlan telah hadir bagi merasmikan majlis penutup ini. Majlis bermula sekitar jam 9 pagi. Selepas nyanyian lagu Negara Ku, lagu negeri Pahang dan lagu Politeknik, majlis diteruskan dengan penayangan video korporat PMS kepada semua pelajar baru dan juga Dato' Maznah.Kemudian, Pengarah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua. Selpas ucapan aluan dari Pengarah, Dato' Maznah menyampai ucapandan seterusnya merasmikan majlis penutup. Dato' Maznah yang juga ADUN Muadzam Shah sempat menceritakan pengalamannya sebagai ADUN diwaktu pembinaan kampus PMS yang baru ni. Beliau juga sempat menceritakan latar belakang dan sejarah mengenai Muadzam Shah dan juga daerah Rompi

The Red Warriors Juara Liga Super 2011...

 Akhirnya, impian untuk bergelar Juara Liga Super kini telah menjadi kenyataan. Kelantan berjaya mencapai sasaran untuk bergelar juara liga utama negara ini. Kemenangan 2-1 ke atas Sabah semalam sudah memadai untuk Kelantan merangkul kejuaraan Liga Super buat pertama kali dalam sejarah. Kedua-dua gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha. Namun, 2 gol Mat Yo semalam gagal membantunya mendapat anugerah Penjaring Terbanyak apabila Abd Hadi Yahya dari Terengganu dinobatkan selaku pemenang selepas menjaringkan 4 gol semalam. Setakat ini, pencapaian Kelantan musim ini boleh dianggap sebagai cemerlang. Selepas menjuarai Piala sumbangsih, Kelantan mengucup pula piala Liga Super 2011. Walaupun tewas kepada Terengganu dalam final Piala FA lalu, namun pencapaian itu sudah boleh dibanggakan. Ini menunjukkan Kelantan sememangnya antara kuasa utama bola sepak Malaysia sekarang. Selepas ini, fokus dialih pula kepada Piala Malaysia. Misi penting untuk Kelantan sebagai juara musim lal

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2011...

  Meja daftar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)  Staf dari JTMK yang terlibat (Dari Kiri) Kak Fidah, Bariey, Ila dan Nurul (Belakang) Sesi pendaftaran di kaunter JTMK   Antara sebilangan ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka mendaftar  Fail pelajar untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) Sibuk dengan urusan pendaftaran Hari ini, kami di Politeknik Muadzam Shah telah menerima kedatangan pelajar-pelajar baru bagi kemasukan sesi Jun 2011. Sesi pendaftaran telah berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1 tengahari. Segala urusan pendaftaran akademik diadakan di Dewan Utama PMS. Pada mulanya saya tak terlibat pun untuk sesi pendaftaran tu. Tapi sebab nak lancarkan urusan, saya diminta untuk membantu kaunter pendaftaran jabatan saya. Sambil membantu urusan di kaunter JTMK ni, bolehlah saya melihat gelagat-gelagat para pelajar yang baru mendaftar ni. Macam-macam ragam ada. Ada yang memang dah bersedia, dan ada juga yang kelam kabut lagi. Secara

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Taiwan 3 - 2 Malaysia

 Antara penyokong Malaysia di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan. Perlawnaan kedua Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 baru sahaja tamat sebentar tadi. Malaysia tewas kepada Taiwan 3 - 2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan. Namun Malaysia tetap mara berdasarkan pengiraan gol di tempat lawan. Sekali lagi, kelekaan dan hilang fokus menjadi elemen yang perlu diberi perhatian. Walaupun mendahului, kita akhirnya terpaksa akur apabila akhirnya tewas dalam perlawanan kedua. Barisan pertahanan jelas sekali perlu lebih fokus dan matang dalam permainan mereka kerana secara keseluruhannya, kesilapan-kesilapan pertahanantelah memberi peluang untuk Taiwan menjaringkan gol. Ini sememangnya jelas apabila 2 dari 3 gol Taiwan dijaringkan melalui sepakan penalti. Malah, kita bernasib baik kerana satu lagi sepakan penalti Taiwan berjaya diselamatkan oleh Sharbinee. Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Aidil Za

Menguji Kemampuan Sebenar...

Malam ini Malaysia bakal berhadapan cabaran dari Taiwan dalam perlawanan kedua Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Taipei. Selepas mengatasi Taiwan 2 - 1 dalam perlawanan pertama lalu di Bukit Jalil, Malaysia seharusnya perlu mengekalkan corak serangan, di samping memperkemaskan bahagian pertahanan. Ini kerana Taiwan memiliki bekalan gol di tempat lawan. Oleh itu, Malaysia juga perlu mencari bekalan gol di Taiwan malam ini. Walaupun tanpa Safee Sali yang tercedera, kembalinya Norshahrul Idlan Talaha seharusnya mampu memberi pilihan kepada barisan serangan selain daripada Abdul Hadi Yahya dan Fakri Saarani. Dalam masa yang sama, barisan pertahanan tidak lagi boleh leka seperti perlawanan pertama lalu. Sebarang kesilapan boleh membawa padah kerana Taiwan bakal melancarkan serangan berterusan bagi membolehkan mereka mangatasi Malaysia dan seterusnya mara ke pusingan kedua. Segalanya kini terpulang kepada barisan pemain Harimau Malaya. Bayangan untuk ke pusingan kedua sud

Kursus Induksi Dalaman...

Bermula 27 Jun hingga 1 Julai lalu, saya dan beberapa lagi pensyarah baru telah menghadiri Kursus Induksi Dalaman. Kursus ini dianjurkan oleh ULPL, Politeknik Muadzam Shah. Kursus induksi ini bukanlah induksi yang perlu dihadiri untuk pengesahan jawatan, tetapi kursus dalaman untuk memberi pendedahan awal kepada kakitangan yang baru dilantik. Pelbagai maklumat telah dikongsikan oleh beberapa penceramah sepanjang kursus ini berlangsung. Antaranya ialah perkara-perkara yang perlu diketahui sebagai penjawat awam, contohnya soal cuti, perumahan, aset dan tuntutan kewangan. Selain itu, turut diterangkan juga ialah maklumat mengenai Politeknik Muadzam Shah, contohnya maklumat mengenai setiap jabatan, unit-unit yang ada dan juga tugasan-tugas setiap unit. Sedikit sebanyak maklumat yang diberikan sepanjang kursus ini dapat membantu setiap peserta dalam menjalani kehidupan dan tugasan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 di Politeknik Muadzam Shah ni.