Langkau ke kandungan utama

Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Sesi Jun 2011 Politeknik Muadzam Shah...

Majlis Penutup Minggu Suai Kenal

Pagi tadi, berlangsung Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Sesi Jun 2011 Politeknik Muadzam Shah. Selepas berlangsung selama 4 hari, minggu suai kenal akhirnya ditutup dengan rasminya pagi tadi. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Senator Dato' Maznah Binti Mazlan telah hadir bagi merasmikan majlis penutup ini.

Majlis bermula sekitar jam 9 pagi. Selepas nyanyian lagu Negara Ku, lagu negeri Pahang dan lagu Politeknik, majlis diteruskan dengan penayangan video korporat PMS kepada semua pelajar baru dan juga Dato' Maznah.Kemudian, Pengarah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua. Selpas ucapan aluan dari Pengarah, Dato' Maznah menyampai ucapandan seterusnya merasmikan majlis penutup. Dato' Maznah yang juga ADUN Muadzam Shah sempat menceritakan pengalamannya sebagai ADUN diwaktu pembinaan kampus PMS yang baru ni. Beliau juga sempat menceritakan latar belakang dan sejarah mengenai Muadzam Shah dan juga daerah Rompin kepada semua. Dalam ucapan perasmiannya juga sempat diselitkan mengenai peranan yang bakal dimainkan oleh para pelajar politeknik dalam merealisasikan aspirasi kerajaan dalam memacu negara ke arah kemajuan dan mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.


Ucapan aluan dari Pengarah PMS.


Sebahagian rakan pensyarah yang hadir.

Ucapan Dato' Maznah

Dato' Maznah berkongsi pengalamannya bersama pelajar.

Majlis penutup berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pada sebelah petang pula, para pelajar yang mengambil Diploma Teknologi Maklumat terlibat dengan aktiviti bersama jabatan. Pada aktiviti kali ni, para pelajar baru dieperkenalkan dengan pensyarah dn diterangkan mengenai struktur dan tugasan yang ada di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selesai taklimat, para pelajar dibawa mengenali bilik-bilik kuliah sambil mereka bersama-sama bergotong royong menyusun meja dan kerusi di dalam bilik kuliah. Selesai gotong royong, para pelajar bergerak ke makmal komputer untuk sesi pendaftaran modul. Mereka dikehendaki mendaftar modul dan subjek yang bakal mereka ambil untuk semester ini.

Secara keseluruhannya, perjalanan aktiviti hari ini adalah lancar. Matlamat kami untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berjaya. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada untuk terus berjaya sehingga tamat pengajian. InsyaALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...