Langkau ke kandungan utama

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Taiwan 3 - 2 Malaysia

 Antara penyokong Malaysia di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan.

Perlawnaan kedua Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 baru sahaja tamat sebentar tadi. Malaysia tewas kepada Taiwan 3 - 2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan. Namun Malaysia tetap mara berdasarkan pengiraan gol di tempat lawan.

Sekali lagi, kelekaan dan hilang fokus menjadi elemen yang perlu diberi perhatian. Walaupun mendahului, kita akhirnya terpaksa akur apabila akhirnya tewas dalam perlawanan kedua. Barisan pertahanan jelas sekali perlu lebih fokus dan matang dalam permainan mereka kerana secara keseluruhannya, kesilapan-kesilapan pertahanantelah memberi peluang untuk Taiwan menjaringkan gol. Ini sememangnya jelas apabila 2 dari 3 gol Taiwan dijaringkan melalui sepakan penalti. Malah, kita bernasib baik kerana satu lagi sepakan penalti Taiwan berjaya diselamatkan oleh Sharbinee.

Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim


Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Aidil Zafuan dan Safiq Rahim, penjaring yang sama ketika perlawnan di Bukit Jalil yang lalu. Masih belum ada jaringan daripada barisan serangan negara. Para pemain dilihat agak sukar bergerak apabila diberi kawalan ketat oleh para pemain pertahanan Taiwan. Mungkin mereka telah mengkaji cara dan corak permainan penyerang Malaysia sebelum ini.

Jurulatih Harimau Malaya, Dato' K. Rajagobal perlu menggunakan segala pengalaman yang ada bagi menghadapi pusingan kedua nanti apabila berdepan Singapura. Singapura ternyata sudah bersedia menanti cabaran dari Malaysia apabila awal-awal lagi jurulatihnya sudah memulakan perang psikologi ke atas Malaysia. Mungkin mereka sudah berjaya menghidu beberapa kelemahan yang dimiliki oleh skuad negara. Jadi, tugas sukar bakal menanti skuad negara dalam pusingan kedua nanti, lebih-lebih lagi Singapura dibarisi beberapa pemain kelahiran asing yang bermain untuk Singapura.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada para pemain kebangsaan kerana berjaya juga mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014. Tingkatkan lagi mutu permainan agar segala impian kita untuk terus mara bakal terlaksana. InsyaALLAH...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...