Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Tetap Berliku...

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bersama senarai negara bertanding dalam Kumpulan C

Kumpulan mana pun Malaysia berada, perjalanan tetap akan berliku. Berdepan dengan gergasi bola sepak Asia, sudah tentu pelbagai persoalan bermain di fikiran. Apakah Malaysia mampu berhadapan dengan kuasa bola sepak Asia seperti Jepun, Korea Selatan, mahupun Australia...?

Dalam undian Kelayakan Olimpik, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Jepun, Bahrain dan Syria. Walaupun menjadi pasukan tunggal dari negara Asia Tenggara yang layak ke peringkat kumpulan, namun ianya bukanlah sesuatu jaminan bahawa Malaysia mampu mara dengan mudah. Ini kerana cabaran yang bakal dihadapi terlalu sukar. Jepun sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi kehebatan mereka di peringkat Asia. Malah, Bahrain dan Syria juga semakin digeruni kerana peningkatan yang sentiasa ditunjukkan. Malaysia pula, kembali menyertai kelayakan peringkat kumpulan selepas kali terakhir layak sejak 1984.

Memang tidak mustahil untuk kita mara, namun masih banyak perlu diperbaiki. Fokus dalam permainan dan juga corak permainan yang baik perlu diutamakan. Jika para pemain kebangsaan mahukan sokongan, ribuan rakyat Malaysia kini berdiri teguh di belakang skuad negara. Semakin hari, semakin bertambah jumlah penyokong Malaysia. Peningkatan demi peningkatan yang ditunjukkan sebelum ini sedikit sebanyak membuka mata rakyat untuk kembali menyokong skuad negara. Yang penting sekarang, perjuangan para pemain perlu diteruskan. Inilah masanya untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan berjaya. InsyaAllah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...