Langkau ke kandungan utama

Sesi Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2011...

 Meja daftar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)

 Staf dari JTMK yang terlibat

(Dari Kiri) Kak Fidah, Bariey, Ila dan Nurul (Belakang)

Sesi pendaftaran di kaunter JTMK

 Antara sebilangan ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka mendaftar

 Fail pelajar untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

Sibuk dengan urusan pendaftaran

Hari ini, kami di Politeknik Muadzam Shah telah menerima kedatangan pelajar-pelajar baru bagi kemasukan sesi Jun 2011. Sesi pendaftaran telah berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1 tengahari. Segala urusan pendaftaran akademik diadakan di Dewan Utama PMS.

Pada mulanya saya tak terlibat pun untuk sesi pendaftaran tu. Tapi sebab nak lancarkan urusan, saya diminta untuk membantu kaunter pendaftaran jabatan saya. Sambil membantu urusan di kaunter JTMK ni, bolehlah saya melihat gelagat-gelagat para pelajar yang baru mendaftar ni. Macam-macam ragam ada. Ada yang memang dah bersedia, dan ada juga yang kelam kabut lagi. Secara tidak langsung membuatkan saya teringat kepada kenangan dan memori semasa saya mendaftar di UUM suatu masa dulu. Tiba-tiba je saya rasa rindu akan suasana ketika zaman pengajian dulu...Hehehe...

Selepas pelajar mendaftar di kaunter jabatan, mereka perlu berurusan pula dengan pihak lain seperti Bahagian Kewangan, Koperasi, Perpustakaan & Hal-hal Pelajar. Selesai semua, barulah mereka bergerak ke asrama untuk pendaftaran di asrama pula. Selepas mendaftar di asrama, mereka boleh mengemas barangan mereka di bilik masing-masing sebelum aktiviti Minggu Suai Kenal mereka bermula sekitar jam 3 petang. Pelbagai aktiviti telah diaturkan untuk emreka semua sepanjang Minggu Suai Kenal kali ini.

Kepada pelajar-pelajar baru, terutamanya pelajar program Diploma Teknologi Maklumat, selamat datang ke Politeknik Muadzam Shah. Semoga anda semua berusaha bersungguh-sungguh  untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Sebagai pensyarah di JTMK, saya mengharapkan kerjasama dari anda semua untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran nanti.

Selamat menjadi warga PMS...

"...Penjana Minda Strategik..."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...