Awal pagi nanti akan menjadi penentu bagi dua pasukan gergasi Eropah, Jerman dan Sepanyol dalam merebut gelaran jaguh bagi EURO 2008. Selepas mengharungi halangan masing-masing di peringkat kumpulan, mereka berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dan separuh akhir dengan gaya yang tersendiri. Dan akhirnya dua pasukan ini akan menentukan siapa lebih layak merangkul kejohanan paling berprestij di Benua Eropah ini.
Jika Sepanyol akan beraksi tanpa penyerang, David Villa yang mengalami kecederaan, Jerman juga dikhabarkan akan kehilangan tonggak utama mereka, Michael Ballack yang juga tercedera. Namun, sudah tentu pelbagai taktikal akan digunakan oleh kedua-dua pengendali pasukan ini bagi memastikan kejuaraan akan menjadi milik mereka.
Apa pun, harap kita dapat menyaksikan satu perlawanan yang betul-betul hebat.
Latihan akhir pasukan Jerman.
Latihan akhir pasukan Sepanyol.
p/s : Nak kira berapa orang akan ponteng kerja keesokan harinya. hehehe.....

Ulasan