Langkau ke kandungan utama

Nape ek?!

Saya sebenarnya masih dalam mood kecewa dan tertanya-tanya....semua ni sebab nama saya tak tersenarai untuk menduduki peperiksaan untuk kemasukan KPLI baru-baru ni...Saya tak tahu kenapa nama saya tidak tersenarai...Pada mulanya saya terfikir, mungkin sebab saya baru je menjalani konvokesyen bulan Mac 2008 yang lalu...tapi yang yang peliknya, kenapa member-member yang sama-sama berkonvo baru ni dapat menduduki peperiksaan tersebut? Malah ada kawan saya yang sedang menjalani praktikal turut berpeluang menduduki peperiksaan tersebut...Kenapa ek?

Pastu bila saya tanya kat kawan-kawan tentang subjek yang diminta, sama je dengan saya...Malah, ada yang diantara mereka mempunyai pointer yang rendah dari saya...bukan nak memperendahkan kemampuan mereka, cuma saya pelik kenapa nama saya tidak tersenarai? Ya, mungkin takde rezeki lagi...tapi saya nak tahu juga, mana silapnya sampaikan nama saya tidak tersenarai...

Kalau nak dikira, ini bukan kali pertama benda ni terjadi pada saya...Bulan Februari yang lalu, ada ujian yang diadakan oleh SPA bagi mengisi kekosongan jawatan Gred 41...Saya dah mohon lama SPA, tapi nama saya tidak tersenarai...Situasi yang sama seperti tadi, nama member saya yang sedang praktikal pun tersenarai untuk ujian tu...kenapa benda-benda macam ni boleh terjadi?

Kalau nak diikutkan, banyak lagi situasi sama yang berlaku, tapi 2 kejadian ini yang paling ketara...Sampaikan ramai yang bertanya, kenapa saya tak dapat? Salah isi ke? Takkan la saya salah isi...Borang pun dalam Bahasa Malaysia...Bila semak dengan member-member yang dapat, sama je...takde yang salah...tapi kenapa masih tak tersenarai? Entahla...saya dah makin meluat dengan karenah birokrasi macam ni...Bukan nak menuduh tapi ini realiti sebab saya sendiri pernah terlibat dalam sektor awam sebegini...

Saya harap, perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi...sememangnya perkara begini menjatuhkan semangat saya....Orang yang komited nak kerja, diaorang buat macam ni...orang yang tak serius dalam kerja, dapat pulak....tak adil betul...huh!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...