Langkau ke kandungan utama

Bosan yang teramat sangat...

Sekarang ni saya tak tahu nak buat apa kat rumah, terutamanya waktu malam. Tak ada aktiviti nak buat. Bosan betul. Tak tahu nak buat apa.

Semalam, sebab bosan sangat, housemate saya, Sedi ajak keluar gi jalan-jalan kat Mydin Mall. Saje nak tengok-tengok gelagat orang. Tapi sebelum tu gi makan dulu. Saya ajak makan kat Chilada Sea Food. Dah la lama tunggu makanan sampai, tak sedap pulak tu. Yang paling sakit hati, kena pulak cukai 5%. Tak puas hati betul. Memang lepas ni tak nak dah makan kat sini. Pukul 9 malam baru boleh gi Mydin Mall.

Lepas puas pusing-pusing, Sedi ajak gi lepas tension kat 'karaoke jamban'. Hehehe....best gak sekali sekala nyanyi kat karaoke jamban ni. Boleh la lepas tension. Sempat gak nyanyi dua lagu setiap seorang. Saya mesti la lagu kegemaran, 3 Malam Tanpa Bintang. Sebuah lagu lagi Mahakarya Cinta. Suara bukan best pun, saje je nak lepas tension.

Lepas dah sakit tekak menjerit dalam 'karaoke jamban' tu, kitaorang pun balik rumah. Tapi bila balik, kena pulak layan 'Hamba Allah' yang misteri ni. Katanya nak berkenalan. Lama gak duk sms dengan dia. Akhirnya baru la tahu yang dia ni sepupu kepada kawan lama saya. Pukul 2 pagi baru dapat tidur....hehe....

Malam ni mesti bosan balik.....alahai....

Ulasan

Norsya berkata…
duduk sorang mmg membosankan..sabar je r..gitu r hidup..:)
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
yela....nampaknye kena kawin ni...hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad