Langkau ke kandungan utama

Berhati-hatilah di jalan raya...

Sekarang ni, ramai dah rakyat yang mampu mempunyai kenderaan sendiri. Tak kira la apa jenis kenderaan yang dimiliki. Kereta, motosikal, van, MPV, dan sebagainya. Apabila jumlah kenderaan semakin bertambah di jalan raya, maka karenah pemandu juga semakin bertambah. Ada yang penyabar, ada yang gopoh, ada yang pentingkan diri sendiri, dan macam-macam lagi. Ini menyebabkan jalan raya tidak lagi selamat seperti dulu...

Ya, mungkin ada yang menganggap diri mereka sudah cukup berhemah di jalan raya, tapi hakikatnya tidak. Dan sememangnya ada pemandu yang betul-betul berhemah. Tapi terfikirkah kita bahawa menjadi pemandu yang berhemah belum menjamin diri kita selamat di jalan raya...? Saya rasa ramai yang sedar hakikat ini...

Seharusnya semua rakyat sedar betapa pentingnya isu keselamatan di jalan raya ni. Isu ini bukanlah baru, tetapi dah berlarutan sejak sekian lama. Malah, boleh menjadi isu yang cukup popular di sesuatu masa, terutamanya musim perayaan. Kalau tidak, masakan pihak berkuasa seperti PDRM mengadakan Ops. Statik setiap kali musim perayaan.

Saya sebenarnya menimbulkan isu ini berdasarkan beberapa kejadian yang saya lihat sejak kebelakangan ini. Saya tidak menafikan ramai rakyat kita yang cukup berhemah semasa di jalan raya. Namun, wujud segelintir pengguna jalan raya yang cuai dan tidak memikirkan keadaan pengguna yang lain. Akhirnya, ada nyawa yang akan melayang. Akibat kecuaian dan kegopohan pemandu yang berhemah, nyawa pemandu lain yang lebih berhemah menjadi mangsa. Sebab itu saya katakan tadi bahawa menjadi pemandu berhemah tidak menjamin keselamatan di jalan raya, seandainya masih ada pemandu yang 'gila' di jalan raya.

Saya membincangkan isu ini kerana dua hari berturut-turut saya mendengar cerita kemalangan sekitar saya. Dua malam lepas (Isnin malam), kawan serumah saya menyaksikan sebuah kemalangan ngeri sewaktu dalam perjalan pulang ke rumah. Kemalangan yang melibatkan pejalan kaki yang dilanggar dan digilis 2 buah van yang berlainan. Menurut kawan saya, mayat mangsa yang mungkin seorang wanita muda masih berada di bawah van semasa dia melalui kawasan kemalangan di Bukit Payung, Terengganu. Ini menyebabkan kawan saya ni sedikit fobia untuk melalui jalan tersebut pada sebelah malam.

Semalam, saya sendiri menyaksikan kawasan kemalangan yang boleh dianggap ngeri di Gong Badak, Kuala Terengganu. Kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal yang dilanggar sebuah pajero. Dari keadaan motor, nampak memang teruk. Dua buah ambulan JPA telah berada di tempat kejadian. Mungkin kedua-dua mangsa adalah penunggang motosikal terbabit. Dan apabila saya datang ke pejabat hari ini, saya dapat tahu bahawa mangsa kemalangan motosikal itu adalah sepupu kepada suami CC (Ketua Kerani) di pejabat saya. Mangsa telah meninggal dunia semalam. Mangsa merupakan seorang guru yang aktif dengan sukan, mungkin terlibat menguruskan SUKMA yang sedang rancak berlangsung di Terengganu sekarang. Kebetulan Kompleks Sukan Negeri terengganu terletak di Gong Badak ini.

Apa yang dapat saya katakan di sini, kesedaran pemandu di negara kita masih lagi tidak memuaskan. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berwajib, namun jumlah kemalangan maut tetap tinggi. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu bersama-sama dengan pihak-pihak lain untuk menyedarkan pemandu-pemandu di Malaysia ini agar tidak terus cuai dan leka di jalan raya. Semoga dengan usaha kita, jumlah nyawa yang melayang di jalan raya akan berkurangan.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad