Langkau ke kandungan utama

Tanda Kekuasaan ALLAH S.W.T.....

Dah 2 malam Buletin Utama TV3 menyiarkan petikan video dari Youtube mengenai keajaiban seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. Kanak-kanak yang digelar Sheikh Sharifuddin itu memiliki keistimewaan yang terlalu hebat untuk difikirkan. Umur 2 bulan sudah berhenti menyusu dan umur 4 bulan sudah mula mengaji. 4 bulan...?Bila umur mencecah 4 tahun, sudah menjadi hafiz Al-Quran dan mula memberi ceramah agama kepada masyarakat umum. Apa yang menimbulkan lagi rasa takjub orang ramai adalah agama kedua ibu bapa kanak-kanak ini semasa dia dilahirkan adalah Kristian. Dengan kehebatan kanak-kanak ini, dia telah mengIslamkan kira-kira 1000 orang, termasuk ibu bapanya, semasa berusia 4 tahun.

Sebagai orang Islam, tentu kita berasa takjub dengan kekuasaan ALLAH S.W.T. yang mampu melakukan apa saja bagi menunjukkan kekuasaan NYA. Perkara sebegini sememangnya menyedarkan bahawa kita terlalu kerdil di dunia ini. Hanya ALLAH S.W.T. yang patut disembah. ALLAH S.W.T. yang Maha Besar.

Namun, apa yang dibimbangkan adalah wujudnya segilintir umat Islam yang terpesong dari ajaran sebenar. Ketaksuban orang ramai terhadap keajaiban kanak-kanak tersebut mungkin boleh menimbulkan salah faham di kalangan umat. Seperti yang berlaku di India satu masa dulu, masyarakat menganggap bayi ajaib yang dilahirkan ketika itu sebagai nabi yang baru. Sedangkan kita tahu, Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi dan rasul terakhir. Semoga akan ada pihak yang dapat memberi bimbingan yang sebenar dalam menghadapi isu-isu sebegini, dengan harapan agar Islam terus berkembang dan hebat. INSYAALLAH....




Antara video dari Youtube mengenai Sheikh Sharifuddin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad