Langkau ke kandungan utama

Pesta Bola Merdeka Ke-40 Milik Vietnam...


Semalam, saya menanti aksi akhir Pesta Bola Merdeka ke-40 yang menemukan pasukan negara kita, Malaysia menentang Vietnam. Malaysia jelas sekali menguasai bola, namun gagal menterjemahkan gerakan untuk menghasilkan gol. Vietnam pula hanya bertahan di kawasan mereka. Mereka sememangnya telah menggunakan strategi sama sewaktu di separuh akhir.

Sehingga 90 minit perlawanan, masih tiada gol berjaya dihasilkan. 30 minit tambahan selepas iatu juga berjaya dikekang oleh Vietnam agar tidak dibolosi. akhirnya, sepakan penalti menjadi penentu.

Norhafiz Zamani Misbah, pertahan senior pasukan negara menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan, dan seterusnya 'menghadiahkan' kemenangan kepada pasukan Vietnam. Cukup mengecewakan apabila kita gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu setelah tewas melalui penentuan sepakan penalti.

Apa pun, tahniah kepada Malaysia kerana tidak putus asa untuk mencuba. Diharap jurulatih B. Sathianathan dapat mencari formula baru sebelum Malaysia turun ke kejohanan Piala Suzuki AFF bulan depan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
i like......
SangKunang berkata…
ayuuh malaysia.
jadikan kegagalan pestabola merdeka sebagai azimat berguna untuk menempuh cabaran piala aff disember nanti

MALAYSIA TETAP BOLEH

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sofea Jane...

Hari ni saya nak kongsi lirik lagu Sofea Jane nyanyian Black. Saya memang duk layan lagu ni sekarang. Lagu yang sedap didengar, dan lirik pula yang menarik. Rasanya semua dah biasa dengar,kan? Lagu ni pun tersenarai dalam Anugerah Juara Lagu 25 yang lalu. Apa pun, layan je la... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Black - Sofea Jane Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca Yang tak bisa disentuh Namun hanya boleh dipandang Ingin sekali ku sentuh Ingin jua ku memiliki Kau selalu membuat hatiku merasa berat Dan kau yang selalu ada Saat semua pergi Bagaimana mungkin Untuk kau mengerti Kini telah ku sedari Mimpiku tak bererti sendiri Chorus Andai kau tahu Apa yang ku mahu Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku Dan aku tak bisa memaksa dirimu Walau dalam tidur Ku kan menantimu hingga akhir nanti Kau selalu membuat hatiku merasa berat Dan kau yang selalu ada Saat semua pergi Bagaimana mungkin Untuk kau mengerti Kini telah ku sedari Mimpiku tak bererti sendiri U...