Setelah kali pertama memenangi EURO pada tahun 1964, akhirnya Sepanyol berjaya menjulang piala Henry Delaunay bagi EURO 2008 ini. Penantian selama 44 tahun akhirnya berjaya dileraikan oleh jaringan tunggal Fernando Torres pada minit ke-33 bagi menewaskan Jerman. Jaringan bijak dari Fernando Torres itu berjaya menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan. Dengan kehadiran Michael Ballack yang dapat beraksi, Jerman terus cuba mendapatkan gol penyamaan sehingga ke wisel penamat, namun benteng Sepanyol berjaya mengekang asakan mereka dari membolosi gol kawalan Iker Casillas. Diiktiraf Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, Fernando Torres dijulang sebagai wira apabila menjaringkan gol yang cukup berharga buat Sepanyol, dan juga hadiah perpisahan buat jurulatih Aragones yang akan mengendalikan kelab Turki selepas tamatnya EURO 2008 ini. Apa pun, tahniah buat pasukan Sepanyol. Semoga kegemilangan ini dapat dipertahankan.
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~