Sekumpulan 5 orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat dari UiTM Machang telah datang ke pejabat saya pada 19 Mac yang lalu. Mereka telah datang untuk membuat kajian dan pemerhatian mengenai cara kami menguruskan rekod-rekod di pejabat, khususnya cara penyimpanan, pengurusan, pelupusan dan lain-lain lagi.
Saya telah diberi tanggungjawab oleh bos saya untuk melayan dan cuba memberi kerjasama terhadap perkara-perkara yang mereka perlukan. Mula-mula tu risau gak. Maklumlah, saya ni kakitangan sambilan je. Pengetahuan pun tak meluas seperti kakitangan lain. Tapi saya telah mendapat bantuan dari Kak Azni yang sememangnya banyak pengetahuan. Lega sikit saya. Saya cuba jawab setakat yang saya tahu, selebihnya saya rujuk pada Kak Azni.
Mereka juga telah mengambil gambil untuk rujukan mereka. Lepas tu, mereka jumpa bos saya kejap. Bos saya yang sedang sibuk hari tu hanya sempat berjumpa dengan mereka kejap je. Sempat gak la tukar-tukar cenderamata. Malah kami sempat bergambar bersama.
Dalam ramai-ramai tu, ada la sorang yang berjaya 'mencuri hati' saya....Hehehe...Bukan apa, suka sangat tengok dia. Comel. Saya harap-harap dapat la jumpa dia lagi.
Hari Khamis lepas (2 April), mereka menghubungi bos saya. Mereka datang sekali lagi sebab ada maklumat yang belum mencukupi. Katanya pensyarah mereka belum berpuas hati lagi. Jadi, sekali lagi saya ditugaskan menguruskan segala keperluan yang dikehendaki. Sekali lagi gambar-gambar berkenaan diambil. Saya bukan main suka lagi sebab dapat tengok awek yang sorang tu. Walaupun kejap je, berbaloi la...Hehehe...
Dan tidak disangka-sangka, pagi tadi mereka sekali lagi telah menghubungi bos saya. Mereka datang lagi pagi ni sebab gambar-gambar yang mereka ambil hari Khamis lepas tu hilang. Mereka terpadam semasa nak masukkan dalam komputer. Tapi mereka datang 2 orang je. Sekali lagi saya berasa seronok sebab awek yang sorang tu datang gak. Kali ni, nasib saya baik sebab sempat bersembang dengan dia. Rupa-rupanya dia orang Kelantan gak. Dari Machang. Bertuah saya kalau dapat berkenalan dengan rapat lagi dengan dia....Hehehe...Akak-akak kat pejabat pun tak habis-habis sakat saya pasal diorang ni. Harap-harap masin mulut akak-akak ni...Hehehe...
Apa pun, saya sekadar nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan mereka. Kalau dapat tambah kenalan pun, apa salahnya. Saya pun bujang lagi. Awek pun tak ada. Hahaha...
p/s : Kepada semua yang datang dari UiTM tu, jangan marah ek...Hehehe...

Ulasan
yg mane satu jd pujaan hati.
nak tau gak
hehehehe
hehe...
xpe...fokus la dulu....teka yg mana...kalau btul, dpt adiah...wang belanja sebanyak 50 sen...hehehe