Langkau ke kandungan utama

Semoga Cepat Sembuh...

Kalau ALLAH nak menduga hamba NYA, bila-bila masa DIA boleh duga...

Kalau nak dikira, saya ni masih dalam proses 'pemulihan' akibat masalah pada kaki saya ni. Nak jalan susah, nak buat kerja pun susah. Sekarang ni, mak saya pula yang sakit. Lebih teruk, sekarang mak saya ditahan di dalam wad di hospital.

Kalau nak diikutkan, dan lebih seminggu mak saya demam. Sakit-sakit badan lagi. Pada mulanya ingatkan demam biasa, tapi bila dah melarat sampai seminggu lebih, ditambah pula dengan cirit-birit, ayah saya bawa la gi klinik. Bila periksa, mak saya disahkan menghidap kencing manis. Disebabkan ada masalah lain, doktor mahu mak saya dirawat di hospital. Rabu lepas, ayah saya bawa mak saya ke hospital.

Doktor sahkan masalah mak saya adalah kerana kencing manis dan tekanan darah rendah. Mak saya nak makan pun tak lalu, pastu cirit-birit plak. Dan berbotol-botol air dimasukkan ke dalam badan mak saya. Memang kesian dengan mak saya sebab dia tak pernah kena macam ni.

Saya hanya sempat ke hospital semalam sebab saya cuti kerja. Balik je dari klinik untuk cuci luka di jari saya ni, saya terus ke wad mak saya. Susah nak ke sana sebab saya kerja ikut jadual yang dah ditetapkan. Sekarang ni ayah saya yang jaga mak di hospital. Kebetulan hari ni abang saya cuti, jadi dia pun akan turut manjaga mak saya.

Sebagai anak, memang sedih bila tengok mak sendiri sakit. Saya sentiasa berharap dan berdoa agar mak saya cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad