Langkau ke kandungan utama

Tewasnya Juara 5 Kali...

Gol kemenangan Belanda, jaringan Wesley Sneijder.

Saingan suku akhir semalam menyaksikan tewasnya juara 5 kali, Brazil di tangan Belanda. Sesungguhnya keputusan 2-1 itu sudah memadai untuk memadam harapan untuk bergelar juara pertama di bumi Afrika. Jika sebelum ni, Brazil berjaya menjadi juara di beberapa benua berbeza, terutamanya juara pertama di benua Asia, impian untuk menjadikan benua Afrika koleksi terbaru nyata tersangkut oleh kecekalan pemain Belanda. Jaringan Wesley Sneijder telah menutup terus peluang Brazil untuk tahun 2010 ni.

Rasanya tentu ramai yang menggigit jari bila melihat pasukan Brazil gagal menembusi pintu gol Belanda, terutamanya pada 15 minit terakhir permainan. Walaupun banyak cubaan dan serangan dibuat, namun rangkaian serangan mereka gagal menjaringkan gol penyamaan. Akhirnya, mereka terpaksa akur juga dengan kekalahan ini.

Tindakan Luis Suarez menampan bola dengan tangan di pintu gol Uruguay.

Dalam satu lagi saingan suku akhir di antara Uruguay dan Ghana, permainan berkesudahan dengan 4-2 menerusi sepakan penalti. Seperti perlawanan Brazil dan Belanda, perlawanan ini juga menyaksikan layangan kad merah iaitu kepada pemain Uruguay, Luis Suarez yang menampan bola dengan tangan di pintu gol dalam usaha menyelamatkan gawang mereka. Namun, Ghana gagal memanfaatkan peluang apabila sepakan penalti Asamoah Gyan gagal disempurnakan.

Malam ini, dua lagi perlawanan akan berlangsung. Paling mencuri tumpuan adalah pertembungan antara Jerman dan Argentina. Apakah Jerman mampu menandingi pasukan Argentina, atau Argentina yang akan mengikut jejak langkah Brazil...? Sama-sama kita nantikan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...