Langkau ke kandungan utama

Malam Yang Hebat...

Penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil

Tandukan Safee Sali menghasilkan gol ke 3 Malaysia

Pemain Malaysia meraikan kemenangan

Rasanya semalam tentu ramai rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya pun tengok gak kat rumah sorang-sorang. Memang puas hati la dengan keputusan yang diperolehi. Kemenangan 3 - 0 Malaysia ke atas Indonesia semalam merupakan bekalan selesa untuk skuad negara sebelum bertandang untuk 90 minit terakhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember nanti.

Walaupun pada separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang, namun pesta gol skuad negara bermula di separuh masa kedua. Walaupun perlawanan terhenti kira-kira 5 minit akibat gangguan laser ke arah penjaga gol Indonesia, namun itu tidak sesekali menjejaskan fokus anak buah K. Rajagobal untuk memburu gol. Hasilnya, pada minit ke 60, Norshahrul Idlan Talaha bijak memperdaya pertahanan Indonesia untuk meluru masuk ke kawasan kota penalti sebelum dilorongkan bola kepada Safee Sali, dan disudahkan dengan kencang oleh Safee untuk gol pertama skuad negara. Tidak cukup dengan itu, pada minit ke 68, Norshahrul sekali lagi bertindak bijak dengan memperdaya pertahanan Indonesia di posisi seperti gol pertama, namun kali ini bola yang ditolak Norshahrul melantun ke arah Ashaari Shamsudin, pemain yang menggantikan Amirulhadi, dan disudahkan dengan cantik oleh Ashaari untuk gol kedua Malaysia.

Indonesia nyata semakin hilang punca dengan rentak menyerang skuad Malaysia. Walaupun cuba menyerang balas, namun pertahanan Malaysia diketuai Muslim kental bertahan. Malah, Malaysia pula yang berjaya menambah gol ke 3 melalui tandukan cantik Safee Sali. Malaysia seharusnya memperolehi gol ke 4, namun penalti untuk skuad Malaysia dinafikan oleh pengadil perlawanan. Apa pun, 3 - 0 merupakan bekalan selesa untuk Malaysia dalam menempuh baki 90 minit perlawanan.

Ramai beranggapan piala sudah dalam genggaman. Namun kita tak boleh leka kerana bermain di Stadium Gelora Bung Karno bukanlah perlawanan yang mudah. Ternyata 90 minit terakhir nanti bakal menentukan sejarah baru bola sepak negara. Semoga pemain Malaysia terus berjuang seperti mana semalam, walaupun bakal berdepan ribuan penyokong Indonesia. Kekalkan cara menyerang, dan pastikan pertahanan tidak hilang fokus, tidak mustahil Piala AFF Suzuki bakal terbang ke bumi Malaysia buat pertama kali dalam sejarah. InsyaALLAH..

Kami rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang para pemain dan kejurulatihan. Teruskan ngauman garang Harimau Malaya....



(Gambar dari BHarian Online)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...