Ternyata tahun 2010 menjadi tahun yang bermakna untuk bola sepak Kelantan. Selepas menjuarai Piala Malaysia 2010 pada Oktober lalu, Kelantan sekali lagi bergelar juara. Kali ini Juara Piala Emas Raja-Raja 2010.
Kelantan menjuarai piala ini semalam selepas menewaskan Kedah dengan penentuan sepakan penalti. Keputusan penalti 4-3 membolehkan Kelantan merangkul piala untuk kali ke 13. Shahrizan Ismail menjadi wira apabila menafikan 2 sepakan penalti pemain Kedah.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu nyata memberi kelebihan dan kepuasan kepada penyokong Kelantan kerana dapat menyaksikan pasukan The Red Warriors merangkul piala di gelanggang sendiri.
Diharapkan dengan kejayaan ini mampu mengekalkan momentum perjuangan pasukan The Red Warriors untuk musim 2011 nanti. Kami sebagai penyokong berdiri teguh di belakang pasukan Kelantan....
Gomo Kelate Gomo...
Ulasan