Langkau ke kandungan utama

Warna Warni 2010...

Hari ni, 31 Disember 2010, hari terakhir untuk kita bagi tahun 2010. Banyak rasanya ragam-ragam menarik yang boleh kita kongsikan bersama sepanjang tahun 2010 ni. Ada gembira, tidak kurang juga yang sedih dan mengecewakan.

Bagi saya, tahun 2010 bolehlah dianggap sebagai tahun yang agak melegakan untuk saya. Walaupun pada awal tahun, saya agak tertekan kerana terpaksa menganggur selama beberapa bulan. Tapi pertengahan tahun, barulah saya dapat kerja. Sepanjang menganggur, saya rasa macam seluruh hidup saya gelap je. Macam takde masa depan. Bila dah mula kerja, barulah saya kembali bersemangat.

Sepanjang 2010 juga, banyak suka duka yang terpaksa dilalui. Tidak kira mengenai diri saya sndiri, keluarga, ataupun kerjaya. Namun, semuanya diharungi dengan redha.

Apa yang palin melegakan saya adalah azam saya untuk 2010 semuanya sudah tertunai. Alhamdulillah, semuanya telah dimakbulkan ALLAH SWT. Sekarang, saya bolehlah meneruskan impian untuk tahun 2011. Untuk tahun 2011, tak banyak yang saya hajatkan. Tapi, yang paling utama adalah impian saya untuk memiliki kenderaan sendiri. InsyaALLAH, saya akan cuba untuk mendapatkan kereta. Untuk permulaan, kereta terpakai pun dah memadai. Yang penting, memudahkan untuk saya bergerak.

Selain itu, saya juga berharap bahawa 2011 nanti akan menjadi tahun untuk saya mengukuhkan diri saya dan keluarga. Mungkin saya akan cuba untuk dapatkan peluang pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Maklumlah, kerja saya sekarang ni tidak mampu untuk menjamin masa depan. Mungkin sekadar mencari pengalaman kerja di sini. Apa pun, semuanya terpulang pada peluang yang ada.

Walau apa pun, semuanya terpulang pada usaha kita. Semoga tahun 2011 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Saya doakan anda semua mendapat segala keberkatan dan keredhaan sepanjang 2011 nanti. InsyaALLAH...

Akhir kata, saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada anda semua....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...