Hari Isnin baru ni (29 November 2010), saya telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh ibu pejabat untuk kakitangan MIS yang terlibat seluruh negara. Ada lebih kurang 34 cawangan yang terlibat dalam bengkel yang dianjurkan kali kedua tahun ini selepas sesi pertama pada Jun lepas. Bengkel berlangsung selama 2 hari iaitu 30 November dan 1 Disember, bertempat di pejabat HQ The Store di Petaling Jaya.
Ada 4 cawangan yang telah hadir sehari lebih awal kerana masa perjalanan yang agak lama. Saya antara yang terpaksa datang awal, bersama-sama dengan Saibah (MIS Kemaman), Syafiza (MIS Kuala Terengganu), & Shan (MIS Alor Star). Kami telah bertolak dari negeri masing-masing pada 29 November. Saya menaiki bas pada pukul 9.20 pagi dari Kota Bharu dan tiba di Stesyen Bas Putra pada jam 5.20 petang. Setiba di sana, saya menunggu Saibah & Syafiza kerana kami telah berpakat untuk sama-sama bertolak ke Asia Jaya seperti yang dikehendaki wakil HQ kami. Dalam pukul 5.30, mereka sampai.
Saya memang akui saya tak tahu macam mana nak bergerak kat KL ni. Maklumlah, saya tak pernah pun datang sorang macam ni. Terpaksa la ikut Saibah & Syafiza sebab mereka ada pengalaman sikit. Dalam kepayahan naik turun LRT, redah hujan dan karenah manusia di KL ni, akhirnya kami sampai juga la di hentian Asia Jaya. Kami diminta untuk menuju ke hadapan Hotel Hilton kerana Mr. Thiru (East Coast MIS Regional Exec) telah menunggu di sana. Nak jalan gi sana pun, pening gak. Tak tahu nak ikut sebelah mana. Hehehe... Sampaikan Mr Thiru terpaksa ambil kami kat tepi jalan.
Kami terus dibawa ke tempat penginapan kami di PJ De Inn Hotel. Di sana, Shan telah sedia menunggu sebab dia dah sampai lebih awal. Lepas check in dalam pukul 6.45 petang, kami masuk bilik. Lepas lepak dan rehat kejap, kami pun turun makan dalam pukul 9.00 malam. Tak tahu nak gi makan mana sebab tak kenal lagi kawasan tu. Depan hote banyak kedai makan cina je. Kami terpaksa jalan dulu sikit, abru la jumpa kedai mamak yang menjual hidangan nasi kandar. Kami bungkus je makanan dan makan dalam bilik. Sambil makan, saya duk sembang dan berkenalan dengan lebih rapat dengan Shan. Syafiza & Saibah dah tido awal malam tu. Semua dah letih. Lagi pun, pagi esok kami kena pergi HQ juga walaupun bengkel bermula pukul 2.30 petang.
Hari kedua saya di sana merupakan hari pertama bengkel. Lepas sarapan di hotel, Mr Thiru menjemput kami di hotel dan membawa kami ke HQ. Disebabkan bengkel hanya bermula petang, kami dibawa untuk melawat pejabat MIS HQ dan berkenalan dengan kakitangan MIS HQ. Memang saya teruja sikit masa tu sebab sebelum ni kami hanya mengenali nama mereka dan berhubung melalui email dan telefon sahaja. Bila dah bersua muka, teruja jugak....Hehehe...
Sambil menunggu wakil dari cawangan lain tiba, kami berempat ditempatkan di bilik khas sebeleum kami dibawa masuk ke bilik mesyuarat yang akan menjadi tempat bengkel itu diadakan. Menjelang tengahari, separuh dari wakil lain sudah tiba. Waktu makan tengahari, kami dibawa makan di sebuah restoran nasi kandar. Lepas makan, terus je balik HQ sambil menunggu ketibaan baki wakil dari bahagian utara yang agak lambat sedikit. Sekitar pukul 3.00 petang barulah bengkel dapat dimulakan. Bengkel berlanjutan sehingga jam 7.00 malam. Kemudian, kami terus pulang ke hotel.
Sekitar jam 8.45 malam, kami beramai-ramai menuju ke medan selera berdekatan untuk makan malam. Seronok je bila makan ramai-ramai macam ni. Ada je benda nak diceritakan. Sakat-menyakat dah jadi benda biasa antara kami. Lepas makan, saya dan beberapa orang lagi jalan-jalan sekitar kawasan ni. Tak ada benda sangat nak dibuat, sekadar tengok kawasan sekeliling sambil bergambar kenangan. Lepas 10 minit, kami balik ke hotel dan berbual-bual di lobi hotel. Macam-macam topik dibualkan, dari hal kerja sampai la hal lain. Bila hari dah dekal pukul 12.00 malam, masing-masing beransur balik ke bilik.
Pagi hari ketiga iaitu hari terakhir, kami bertolak awal ke HQ sebab bengkel bermula seawal 9.00 pagi. Hari ni kami menyambung sesi bengkel untuk hari terakhir. Lepas makan tengahari, kami sempat bergambar kenangan bersama semua yang terilbat, dari wakil cawangan hinggalah kepada kakitangan MIS HQ. Lepas bergambar, kami sambung balik bengkel sampai pukul 5.15 petang. Lepas tu, semua orang mula menuju ke destinasi masing-masing. Saya, Saibah, Shan, & Syafiza terpaksa lepak dulu di Amcorp Mall sebab bas kami bertolak pukul 11 malam. Kami turut ditemani Muhsin (MIS Sri Petaling). Kami lepak-lepak dan minum-minum jap. Dalam kul 8.30 malam, kami mula bergerak ke hentian Taman Jaya.
Dari Taman Jaya, kami menuju ke hentian Masjid Jamek. Waktu di hentian Masjid Jamek, ada masalah sikit dengan penjual tiket. Sama ada dia tu bodo atau pekak, kami pun tak tahu. Tapi dah buat salah tak nak ngaku. Memang kami bengang sangat mamat penjual tiket tu dengan sorang lagi staff perempuan. Berlagak dengan pelanggan. Mujurla ada pakcik polis tu yang tolong. Dari situ, kami terus je beli tiket untuk ke PWTC. Malas tunggu situ lama-lama. Nanti makin sakit hati pulak. Saibah pun dah nangis masa tu...Hehehe....Shan pulak menuju ke hentian Bukit Jalil untuk menaiki bas ke Kedah.
Sampai je kat hentian PWTC, kami terus ke hentian bas Putra. Kami tunggu je la sampai bas kami tiba pukul 11.00 malam. Sambil-sambil tunggu, kami sembang-sembang je la. Bila bas kami sampai, kami berpecah. Saibah & Syafiza naik bas ke Terengganu, saya naik bas ke Kota Bharu. Masing-masing sampai lebih kurang pukul 6 pagi tadi.
Kesimpulan sepanjang 3 hari di sana, memang banyak pengalaman dan pengajaran yang kami terima. Malah, kami juga dapat meluaskan hubungan antara kakitangan MIS yang sebelum ini hanya kami kenali secara maya. Bila dah bersua muka ni, baru la seronok nak berbual.
Kami berharap dapat menyertai lagi bengkel seumpama ini bagi meningkatkan lagi kemampuan kami sebagai kakitangan MIS. Terima kasih kami ucapkan kepada kakitangan MIS HQ yang menyambut dan melayan kedatangan kami dengan baik. Malah, turut memberi tunjuk ajar yang cukup berguna kepada kami. Jutaan terima kasih saya capkan terutamanya untuk Mr. Thiru yang banyak menolong kami. Bagi kawan-kawan saya sepanjang di sana, terima kasih kerana menjadikan pengalaman ini sungguh bermakna. Anda semua memang sempoi....Hehehe...

East Coast MIS : Riki (Kota Bharu), Alicia (Kuantan), Saibah (Kemaman), Syafiza (Kuala Terengganu), Mr Thiru (HQMIS, East Coast Regional Exec).

Ulasan