Langkau ke kandungan utama

Malam Penentu...

Gambar skuad Malaysia yang menjalani latihan di kawasan perkarangan hotel kerana jadual latihan asal terganggu. Manakala gambar bawah adalah gambar segelintir penyokong Indonesia yang berkumpul di kawasan hotel untuk mengejek skuad Malaysia.

Malam ni, segalanya akan terjawab. Apakah Malaysia mampu mempertahankan kelebihan yang dimiliki, atau Indonesia mampu melenyapkan harapan Malaysia untuk bergelar juara Piala AFF 2010.

Diharapkan skuad Harimau Malaya mampu beraksi baik malam ini disebalik pelbagai provokasi yang dicetuskan oleh penyokong skuad Indonesia. Bermula dari awal ketibaan, pelbagai provokasi dicetuskan oleh penyokong dan wakil media Indonesia. Daripada pemain hingga lah Menteri Belia Dan Sukan, semuanya menerima tempiasnya. Mungkin kerana rakyat Indonesia belum mampu terima hakikat kekalahan mereka Ahad lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa pun, inilah masanya untuk para pemain Malaysia buktikan bahawa kemenangan di Bukit Jalil bukanlah atas faktor nasib atau faktor sampingan lain seperti yang dicanang oleh media Indonesia. Biarlah mereka sedar bahawa Malaysia kini adalah pasukan yang hebat. Biarlah mereka tahu bahawa kita mampu beraksi baik juga di stadium keramat mereka. Tunjukkan bahawa Harimau Malaya tidak pernah gentar pada serangan Garuda.

Kami di Malaysia mendoakan kejayaan semua wira skuad bola sepak Malaysia yang akan berjuang malam ini. Semoga kita memperolehi kejayaan untuk edisi kali ini.

Malaysia Boleh...!!


(Gambar dari BHarian Online)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...