Langkau ke kandungan utama

Rindu JBPMNT...

Kenangan di JBPMNT 2008.

Semalam, saya sempat buka laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu (JBPMNT). Laman web baru. Menarik dan ada penambahbaikan berbanding sebelum ni.

Saya tengok galeri gambar, ternampak 2 album yang menarik perhatian saya, iaitu gambar sempena majlis perpisahan Tuan Pauzan dan sambutan hari raya. Saya jadi sayu je bila tengok gambar kakak-kakak & abang-abang kat Bahagian Pengurusan yang saya kenal. Antara yang kelihatan dalam gambar tu adalah Kak Da, Kak Nor, Kak Ros, Kak Zah, Kak Mahani, Kak Zan, Kak Sah, Abang Rashid, dan lain-lain. Turut kelihatan gambar Puan Rohana, Encik Samsul & Tuan Ridzuan. Yela, sedar tak sedar, dah setahun rupanya saya tak jumpa diaorang. Tiba-tiba je saya teringatkan kenangan saya bersama mereka dulu.

Dua tahun lebih saya berada di sana. Banyak kenangan yang masih saya ingat sampai sekarang. Apa yang paling saya tidak boleh lupa ialah jasa baik kakitangan JBPMNT yang sentiasa membantu saya. Saya cukup menghormati mereka semua, terutamanya Cik Faiz dan Kak Azni. Sebab tu lah saya tidak kisah untuk membantu mereka dalam segala urusan kerja. Bagi saya, apa yang saya tolong mereka takkan dapat membalas jasa mereka membantu saya, terutamanya bila saya dalam keadaan agak tersepit ketika itu.

Sekarang, saya sibuk dengan kerja di tempat baru. Walau macam mana pun, saya tak pernah lupa suasana kerja di sana kerana bagi saya suasana kerja di sana sememangnya menyeronokkan. Ya, mungkin ada sekali-sekala timbul rasa tidak puas hati dengan sesetengah pihak, namun itu lumrah hidup dan akan tetap berlaku di tempat lain juga. Sehingga sekarang, suasana kerja di sana tetap dalam ingatan saya.

Tak tahu lah bila boleh jumpa mereka lagi. Kak Azni pun dah tukar pejabat lain. Cik Faiz mungkin tahun depan. Yang lain, tak tahu lah. Kakitangan baru pun ramai dah kat sana. Saya berharap sangat dapat melawat mereka dalam masa terdekat ni. Tapi masa tidak mengizinkan. InsyaALLAH, ada masa, saya akan ke sana. Sebab saya memang rindukan anda semua dan kenangan kita di JBPMNT...

Bagaimana dengan mereka...? Mereka ingat lagi ke saya...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Cuba...

Hari ni, saya nak meredakan sikit ketegangan yang berlaku di sekeliling. Dengan politik pilihanraya, situasi pejabat, ekonomi dunia, dan macam-macam lagi. Apa kata kita layan lirik lagu ni pulak. Kali ni, saya nak kongsi lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir. Saya suka dengar lagu ni sebab melodi sedap dan liriknya ada kaitan dengan saya. Bukan apa, lirik lagu ni banyak berlaku pada semua orang. Termasuk juga pada saya. Jadi, kita layan je la ek...Hehehe... Faizal Tahir - Cuba Cuba kau dengar Cuba kau cuba Diam bila ku cuba Untuk berbicara dengan kamu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk meluahkan rasa hati Dan bila kau bersuara Setia ku mendengar Agar tenang kau merasa Siapa sebenarnya aku padamu Mungkin sama dengan teman lain Yang bisa kau buat begitu Dan bila tiada lagi teman bermain Kau pulang mendapatkan aku Itulah aku…padamu Cuba kau lihat Cuba kau cuba Renung ke mata aku Bila ku kaku melihatmu Pernahkah kau ada Bila ku perlu Untuk menyatakan rasa sakit dalam diri Dan bila kau perlu S...