Langkau ke kandungan utama

Berakhir Penantian 14 Tahun...

Pemain dan pegawai Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali.

Tanggal 29 Disember 2010, tarikh yang bakal diingati oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tempoh yang lama. Pada tarikh inilah, Malaysia mencatat sejarah baru dalam persaingan bola sepak peringkat Asia Tenggara. Malaysia akhirnya sah dinobatkan selaku Juara Piala Suzuki AFF 2010.

Perlawanan akhir kedua yang berlangsung Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam nyata memberi debaran buat seluruh rakyat Malaysia. Walaupun selesa mendahului dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pertama, itu sebenarnya belum memberi jaminan untuk skuad negara kerana bukan mudah untuk menentang Indonesia di stadium keramat mereka. Dengan sokongan ribuan penyokong Garuda, tentu sekali skuad Malaysia perlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Namun, Alhamdulillah, skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda berjaya dalam ujian kali ini.

Walaupun semalam Malaysia tewas dengan jaringan 1-2 kepada Indonesia, namun itu belum memadai untuk Indonesia menghalang Malaysia dari menjulang piala. Dengan agregat 4-2, anak didik K. Rajagobal ini mencatat satu lagi kejayaan di peringkat Asia Tenggara, selepas gah memenangi pingat emas di Sukan SEA tahun lepas.

Dengan pelbagai provokasi yang dilakukan oleh penyokong dan media Indonesia, itu belum mampu untuk mengganggu fokus perjuangan skuad Harimau Malaya. 45 minit pertama, mereka berjaya menghalang cubaan bertali arus dari Indonesia. Malah, mereka berjaya mencipta beberapa peluang, namun penyudahnya belum berjaya. Indonesia juga berpelunag menjaringkan gol menerusi penalti, namun Khairul Fahmi bijak membaca sepakan pemain Indonesia untuk menafikan sebarang gol di babak pertama.

Di babak kedua, Malaysia akhirnya berjaya memperolehi jaringan menerusi pemenang Anugerah Kasut Emas, Safee Sali. Hasil kelekaan pemain Indonesia, Malaysia melakukan serangan balas yang akhirnya berjaya menghaislkan gol, sekaligus memberi tekanan kepada Indonesia. Malah, ini menutup peluang Indonesia kerana mereka perlu mencari sekurang-kurangnya 5 gol untuk menjulang piala. Namun, mereka tetap cuba mencari gol untuk menghidupkan peluang mereka. Mereka berjaya memperolehi 2 gol, namun belum cukup untuk menyekat kejayaan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak, nyata sekali saya terharu dan bangga dengan kejayaan ini. Ini kerana ianya sesuatu yang begitu menggembirakan kita semua. Tahniah kepada skuad negara, daripada pemain, jurulatih hinggalah kepada pengurusan kerana berjaya merealisasikan impian rakyat Malaysia.

Teruskan rentak kecemerlangan ini untuk ke peringkat lebih tinggi. Jangan pernah mengalah. Berjuang hingga ke keringat terakhir. Nescaya satu hari nanti, Malaysia bakal kembali disegani dalam kancah bola sepak. Kepada pasukan lain, awas. Ngauman Harimau Malaya sudah kembali bergema. Harimau Malaya kembali bangkit dari tidur yang panjang. Kini, Harimau Malaya sudah sedia untuk menakluk kembali wilayahnya.

Malaysia Boleh...!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad