Langkau ke kandungan utama

Taklimat InfoSys...

Semalam telah diadakan taklimat kepada pelajar semester 4, 5, dan 6 mengenai InfoSys. InfoSys adalah satu program yang melibatkan pelajar IT IPT dalam melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang IT.

Taklimat semalam telah disampaikan oleh Ila selaku pegawai yang menyelaras InfoSys peringkat PMS. Saya dan Nurul turut hadir ke taklimat ini. Walaupun sambutan pelajar kurang memuaskan, namun diharap input yang diberi memberi gambaran kepada pelajar mengenai perjalanan InfoSys dim PMS nanti.

Saya kongsikan beberapa gambar sepanjang sesi taklimat semalam.





Ulasan

~miraie_19~ berkata…
salam, nak tnye join x program infosys ni? sye tnye je...
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
o...sy xjoin...ni taklimat utk student2 sini je...
~miraie_19~ berkata…
ohhh...kalo camtu, xpela...^^V
tnye je kot join.

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …