Langkau ke kandungan utama

Makan-makan Di Jentayu Kopitiam...

Semalam saya, Asyran, Dayah & Safia keluar lepak-lepak & makan-makan di Jentayu Kopitiam. Saje ngidam nak makan western pulak....Hehehe...



Kitaorang keluar dalam kul 8 malam. Masing-masing order makan chicken grill, kecuali Dayah yang order makan chicken chop. Ok la makanan western sini. Boleh tahan la.



Lepas siap makan, kami singgah ke Tunas Manja jap sebab nak beli barang. Lepas tu balik rehat jap sebab kul 10 malam warden kena berkumpul untuk buat spot check kat blok lelaki.

Ketua warden ada terima aduan dari pelajar blok 2 lelaki yang ada pelajar yang membuat bising dengan menyanyi dan main gitar dalam bilik. So, antara barang yang diambil dari pelajar adalah gitar dan sub-woofer. Tapi barangan ini akan dipulangkan balik kepada pelajar bila sampai masanya. Cuma rokok yang dirampas tidak akan dipulangkan. Banyak gak rokok yang dirampas dari pelajar.

Bila cakap pasal rampasan masa spot check ni, mungkin ramai yang akan berbeza pendapat. Ada yang cakap sepatutnya barang ni boleh bawak, tapi ada cakap tak boleh. So, bagi saya, kita balik la pada perkara pokoknya. Macam isu gitar tadi, rampasan dibuat kerana aduan yang dibuat. Warden bertindak mengikut aduan. Tak perlu pertikaikan atau membandingkan peraturan dulu dan sekarang. Setiap peraturan akan ada penambahbaikan dan perubahan mengikut masa.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanyalah pada iman dan kewarasan akal masing-masing...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...