Langkau ke kandungan utama

Luang Masa Terakhir Bersama Ijam...

Semalam adalah hari terakhir Ijam berada di Muadzam Shah. Hari ni Ijam dah selamat sampai di Sarawak.

Pagi semalam ada program dii jabatan. Ijam ada juga hadir untuk menyiapkan tugasan-tugasan terakhirnya.  Tengahari kami balik dan saya turut lepak dii umah Ijam. Saja sembang sambil main game sampai petang.

Lepas makan malam di Jentayu, Asyran ajak kami ke karaoke. Saja nak layan nyanyi sama-sama kat karaoke buat kali terakhir. Maklumlah, lepas ni dah tak tahu bila dapat jumpa dan lepak dengan Ijam lagi. Ijam dah balik Sarawak, kami pulak di Semenanjung. Sempat gak la kami nyanyi sejam kat karaoke tu. sampai serak suara...Hehehe...


Balik dari karaoke, kami lepak di umah Ijam la. Saya pun lepak sana sampai pagi sebab nanti kami nak keluar awal pagi ke airport. Flight Ijam kul 6.45 pagi. Kami gerak dari Muadzam dalam kul 4.30 pagi. Masa kat airport, Ijam ada cakap yang dia rasa sayang nak tinggalkan Muadzam sebab dah hampir setahun dia kat sini. Muadzam menjadi tempat pertama dia bertugas sebagai PPPT DH41. Banyak kenangan la yang dia dapat kat sini. Kawan-kawan pun makin ramai.



Kepada Ijam, semoga maju jaya di tempat baru. Dah dapat balik Mukah semestinya sesuatu yang menggembirakan. Terima kasih untuk semua benda yang kita lalui bersama. Jangan lupakan kami di Muadzam. Kalau datang semenanjung, datang la Muadzam. Ramai kawan-kawan yang menunggu.

Good luck & all the best...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...