Langkau ke kandungan utama

ALLAH Sedang Menguji Kita...

"...Allah takkan menguji hamba NYA diluar kemampuan hamba NYA itu..."

Saya selalu je berpegang pada ayat tu. Saya tau setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang berlaku pada saya semalam pun ada hikmahnya. Hanya ALLAH yang tau semuanya...

Kejadian ni berlaku pagi semalam. Sewaktu saya dalam perjalanan nak ke Mentakab untuk jumpa NS, saya hampir-hampir terlibat dengan kemalangan. Waktu tu kalau tak silap dalam kul 7.15 pagi. Sewaktu saya memandu melepasi selekoh di area Pekan, saya terkejut bila tiba-tiba depan saya ada keta yang sedang memotong dua trailer. Masa tu saya dalam keadaan yang laju, manakala kereta tu pun laju gak sebab dia nak memotong. Salah pemandu tu sebab dia nak memotong berhampiran selekoh. Saya dah tekak brek rapat-rapat, tapi sebab saya pun laju, kereta gagal berhenti. Bila kereta tu dah makin hampir, saya terpaksa segera bergerak ke tebing jalan dan hampir terbabas ke longkang. ALLAH je yang tahu bagaimana perasaan saya waktu tu. Dalam otak pikir mati je sebab kalau kena kereta tu, memang sah mati...Huhuhu...

Alhamdulillah. Saya terselamat dari kemalangan dan berjaya naik semula ke jalan raya. Tapi saya sedar yang kereta saya dah tak macam biasa. Saya syak ada berlaku kerosakan pada tayar kereta tu. Tapi sebab saya nak sangat jumpa NS, saya teruskan gak perjalanan ke Mentakab. Saya guna je kereta sebab masih boleh bergerak, cuma ada bunyi pada tayar dann akan berlaku gegaran bila bawak lebih 80 km/j. Saya selamat pergi dan balik.

Hari ni saya bawa la kereta saya ke kedai tayar sebab member cakap kena buat balancing dan alignment je. Bila bawa kat kedai, rupanya sebiji tayar kereta dan licin pada satu bahagian sebab saya buat brek emergency semalam. Teruk gak la kiranya. Sebiji lagi ok je. Pikir punya pikir, saya buat keputusan untuk tukar sebiji tu je sebab takde duit. Maklumlah, minggu depan kena gi Perlis untuk bengkel. So, keputusannya, tukar sebiji je. Habis la duit saya RM 235 utk tayar dan balancing.

Mujur la bulan ni saya dapat tunggakan duit warden. Boleh la guna. Walaupun sebenarnya duit tu saya nak simpan untuk bayar duit road tax bulan depan. Tapi bila ddah jadi camni, terpaksa la guna.



Memang la agak kecewa tapi rasanya saya redha je dengan semua ni. Apa lah sangat nilai RM235 jika dibandingkan dengan nilai nyawa kita. ALLAH tau apa yang terbaik untuk kita...Redha adalah penawar terbaik untuk kecewa saya ni...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad