Sedar tak sedar, kita dah masuk hari ke-5 di bulan Rejab mengikut kalendar Islam. Begitu cepat masa berlalu sehinggakan kita sendiri tidak sedar peredaran waktu sekarang. Ini juga bermakna kita ada lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan. Kemudiannya kita akan menyambut pula Syawal. Mengikut perkiraan awal, kita mungkin menyambut 1 Ramadhan pada 1 September nanti.
Namun, kepantasan masa yang berlalu kadang-kadang tidak mendatangkan makna bagi mereka yang tidak tahu menilai. Apa yang saya maksudkan ialah mereka yang tidak tahu menilai betapa berharga setiap waktu yang kita lalui. Kita dapat lihat masih ramai yang membuang masa tanpa membuat perkara-perkara berfaedah. Malah, mereka gembira dengan gaya hidup mereka.
Bukan apa, sebagai manusia, kita tak mahu lihat generasi akan datang menjadi semakin 'tidak bernilai' pada negara. Malah, umat Islam sendiri seharusnya tahu bahawa kita sudah berada di akhir zaman. Seharusnya kita mula memperbanyakkan amal dan ibadat sebelum mata kita tertutup selamanya. Bukan nak berkhutbah, cuma ingin betulkan diri sendiri juga. Semoga kita semua diberkati ALLAH S.A.W.
p/s: Dah semakin tua kita sekarang...

Ulasan