Saya tak sangka sebenarnya ada orang nak sambut hari jadi saya. Terharu gak saya. Yela, dah lama tak sambut. Kek, kuih dan air ditaja sepenuhnya oleh Kak Azni. Terima kasih banyak-banyak Kak Azni ek....Hehehe.... Saya juga nak ucap terima kasih pada semua yang telah memberi ucapan selamat pada saya. Saya hargai ucapan dan ingatan anda semua pada saya sempena hari jadi saya ni. Yang hantar SMS, saya dah balas balik. Yang hantar ucapan dalam Friendster pun saya dah balas. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Petang ni saya akan balik kampung sempena cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos. Ditambah pula dengan awal Ramadhan yang mungkin tiba pada 1 September nanti, saya sambung cuti 2 hari lagi. Mungkin 3 September (Rabu) baru saya masuk keje balik. Jadi, saya pun online hari Rabu gak la ek...Hehehe...
~ s b 1 8 9 1 1 9 ~ .a.k.u.t.e.t.a.p.a.k.u. ~