Langkau ke kandungan utama

Lawatan Ke Kelantan...

Hehe...Pelik je. Saya orang Kota Bharu, tapi buat lawatan ke Kelantan. Sebenarnya semalam saya mengikuti rombongan dari kakitangan pejabat saya ke kenduri perkahwinan anak kepada seorang pegawai bomba di Terengganu ni. Majlis diadakan di Pengkalan Chepa. Pada mulanya saya merancang nak balik KB je hari Khamis, tapi tiket dah abis. Jadi, terpaksa la ikut rombongan ni.

Bertolak dari Kuala Terengganu kira-kira jam 8.30 pagi. Kami menaiki bas JBPM Terengganu. Ramai gak la yang ikut serta. Dalam pukul 11.30 pagi kami sampai di rumah pengantin. Menurut bapa pengantin, majlis akad nikah baru sahaja selesai. Kitaorang tak la lama sangat kat sana. Dalam 40 minit je. Lepas tu bertolak ke destinasi kedua, Rantau Panjang.

Hehe...Saya macam pelancong pulak, ikut gi jalan-jalan ke Rantau Panjang. Walaupun hakikatnya dah banyak kali saya datang sini. Saya ikut je diaorang gi jalan-jalan. Sambil-sambil tu, kena jadi penjaga kepada 2 orang anak dara yang duk beli barang. hehehe...Saya sendiri tak beli apa-apa pun. duit dah abis RM 255 masa gi PC Fair hari Khamis lepas. Huhuhu....

Dalam jam 4 petang, kitaorang mula bertolak balik ke Terengganu. Lambat sikit sampai sebab singgah makan pulak. Tambahan pula hari hujan. Dalam jam 9.40 malam baru sampai.

Apa pun, best la sekali-sekala gi jalan-jalan dengan kakitangan pejabat saya ni. Ada je benda yang nak dijadikan bahan lawak diaorang. Saya layan je... Hehehehe.....

p/s: Tak tahu bila lagi boleh di jalan-jalan dengan diaorang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad