Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni saya duk ingat kenangan-kenangan lama, terutamanya bersama kawan-kawan. Yang paling istimewa tentulah zaman persekolahan dan kehidupan di kampus. Rasanya baru je setahun lebih saya meninggalkan alam kampus ni, tapi 'rindu' untuk jumpa kawan-kawan macam dan 10 tahun tak jumpa. Masa Majlis Konvokesyen dulu pun, tak dapat jumpa semua kawan. Lagi la bertambah rindu kat diaorang. Hehehe....
Minggu lepas, Faisal, kawan baik semasa Tingkatan 6 dulu ada la hantar SMS. Dia bagi tahu yang adik angkat kitaorang dah ada anak dua. Adik angkat dah ada anak dua...? Adik angkat mana pulak ni...Hehe...Rupa-rupanya Fatihah. Kalau nak tahu, masa saya di Tingkatan 6 Atas (2003), saya ada terlibat kemalangan sehingga saya terpaksa tidur di wad semalaman. Faisal la yang sukarela nak teman saya kat wad tu. Sebelah katil saya tu ada seorang budak perempuan, tingkatan 2, yang terkehel tulang bahu akibat dilanggar dengan basikal...Hehe...Langgar lari versi budak sekolah....Nama budak ni Fatihah. Kakak dia, Ayu, yang tolong jaga dia. Ayu baru tingkatan 4...
Nak dijadikan cerita, kami 4 orang jadi cepat mesra sebab gelagat saya dan Faisal dalam wad tu. Saya kalau ada si Faisal ni, memang jadi 'gila' la sebab dia pun 'gila'...Bukan setakat Ayu dan Fatihah je, 1 wad tu boleh gelak bila kitaorang buat lawak...Kiranya saya dengan Faisal jadi penghibur jap, walaupun hakikatnya saya ni pesakit gak....Huhuhu......
Saya duk dalam wad semalaman je. Tengahari keesokannya, saya dah keluar. Fatihah pulak tak dapat keluar sebab doktor syak tulang bahu dia retak. Jadi, terpaksa la berpisah dengan diaorang. Tak tahu pulak yang diaorang ni dah 'melekat' dengan saya dan Faisal. Si Ayu sampai nangis bila saya nak balik. Jenuh gak nak pujuk balik supaya jangan nangis. Kang tak pasal-pasal orang lain ingat kitaorang 'buat jahat' kat dia....Hehehe...
Lepas hari tu, kitaorang selalu la berhubung. Lagipun diaorang ni takde abang. Jadi, diaorang nak la saya dan Faisal jadi abang diaorang. Saya dan Faisal tak kisah pun. Tapi lama-lama, kitaorang tak dapat berhubung sebab no. telefon saya kena blok. Jadi, semua nombor telefon member-member hilang, termasuk la nombor dia. Lepas tu, terus tak dapat berita pasal diaorang.
Sampailah minggu lepas, Faisal bagi tahu yang Fatihah kerja sebagai cashier kat KL, tempat Faisal kerja. Rupa-rupanya Fatihah dah kahwin, dan ada ada dua orang anak. Ish, cepatnya kahwin. Kakak dia, Ayu pun tak kahwin lagi. Hehehe....Bukan apa, tercabar gak la bila adik angkat yang umurnya dalam 19 tahun dah ada 2 orang anak. Abang dia ni dah nak masuk 24 tahun dah hujung bulan ni, jangankan anak, awek pun takde lagi....Hahahahaha.....Apa la nasib.....
p/s : Bila la Rani Mukherjee nak datang pinang saya....Hehehehe....

Ulasan