Jumaat lepas, 22 Ogos 2008, saya dan keluarga menerima seorang ahli baru dalam keluarga apabila kakak ipar saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Comel...Hehehe....
Hari Jumaat tu, kebetulan saya dah ada kat KB untuk exam SPA8. Pagi Jumaat, dalam jam 8.30 pagi, kakak saya masuk ke wad bila mengadu sakit perut. Dan dalam jam 6.25 petang, lahir la puteri kedua mereka.
Setakat hari Sabtu lepas, belum ada nama yang diberi. Buka tak ada idea, tapi banyak sangat cadangan nama yang cantik. Semua orang nak cadangkan nama. Adik saya bagi nama lain, ayah saya bagi nama lain. Tu tak termasuk lagi abang saya dan sepupu-sepupu saya.
Tapi mungkin sekarang dah bagi nama kot. Saya tak sempat tanya lagi. Minggu ni saya balik KB lagi. Sambut merdeka dan awal Ramadhan di rumah. Sambil-sambil nak main dengan puteri baru ni. Hehehe...
Tapi apa yang pasti, dua-dua anak saudara saya ni akan mengikut cara saya sebab dua-dua lahir bulan 8, macam saya gak...Hehehe
Syafika bermain dengan adik. Dia cakap dia sayang adik dia. Hehehe...
Suka tido ek...
Ulasan