Langkau ke kandungan utama

Kedah : Juara Terulung...


Semalam, satu lagi sejarah tercipta di dalam Liga Malaysia. Buat pertama kalinya, sebuah pasukan berjaya memenangi 3 kejuaraan untuk 2 musim berturut-turut. Siapa lagi kalau bukan pasukan Kedah. Setelah memastikan kejuaraan Liga Super dan Piala FA, Kedah semalam mempertahankan Piala Malaysia untuk melengkapkan tahun gemilang buat mereka. Menang 3-2 ke atas musuh ketatnya musim ini, Selangor merupakan sesuatu yang bernilai.

Selangor berjaya mendapatkan gol awal hasil kesilapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Ilyas. Bola muntah dari tendangan percuma berjaya disambar oleh Frank Seator untuk menghasilkan gol pertama Selangor. Namun, setelah berhempas pulas menyusun kembali rentak mereka, Kedah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui umpanan Nelson kepada Marlon Alex James yang berjaya disudahkan dengan begitu sempurna. Seminit kemudian, Kedah pula berada di depan. Hasil bola lantunan keluar oleh pertahanan Selangor, Nelson melepaskan rembatan kencang untuk menghasilkan gol kedua Kedah dalam masa 2 minit. Ternyata gol cantik ini menyentap terus semangat Selangor. Dan gol ketiga Kedah dijaringkan pula oleh Fadly Baharom, hasil kesilapan pertahanan Selangor. Keputusan kekal sehingga tamat sepruh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Kedah lebih banyak bertahan dan menyerap asakan dari Selangor. Walaupun tempo permainan agak perlahan berbanding separuh masa pertama, namun beberapa percubaan menarik berjaya dihasilkan. Dan hasil usaha gigih Selangor, Safee Sali berjaya merapatkan kedudukan melalui sepakan yang cukup menarik. Namun, Kedah terus bertahan sehingga wisel penamat untuk mejulang Piala Malaysia. Mungkin ini hadiah terakhir pemain-pemain import buat kedua-dua pasukan sebelum khidmat mereka berakhir. Nelson Sam Martin dinobat pemain terbaik perlawanan akhir.

Apa pun, syabas kepada Kedah kerana berjaya mencipta sejarah baru bola sepak Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...