Langkau ke kandungan utama

Nak Balik KB...

Petang ni saya akan balik KB sebab hari sabtu ni ada peperiksaan SPA untuk pelbagai jawatan Gred 41. Tak tahu la macam mana nanti. Saya memang tak buat apa-apa persiapan pun. Maklum la, sekarang sibuk kat pejabat sebab audit dari ibu pejabat Putrajaya akan datang tak lama lagi.

Saya sempat gak tanya pada kawan yang dah ambil peperiksaan ni Januari lepas. Mana la tau ada maklumat yang boleh bantu saya. Dia cakap semua tu atas kita sendiri, terutamanya pada bahagian mengenai sahsiah.

Apa pun, doakan la semoga saya dapat jawab dengan betul. Mana la tau, kalau ada rezeki, saya akan dapat menjawat jawatan Gred 41 ni...

p/s : Dah lama tak ambik peperiksaan. Last sekali April 2007. Tiba-tiba jadi takut plak...Hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'Cinta tak kesampaian...'

Hehe....suka sangat tengok gambar ni...kreatif gak orang yang buat kek ni...tapi rasanya tak leh guna untuk majlis kahwin...nanti jadi betul plak...hehehehe

p/s : Credit kepada Asscrewz.com

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …