Langkau ke kandungan utama

Hanya Perak Buat Lee Chong Wei...



Semalam merupakan malam yang mendebarkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Detik-detik perlawanan akhir badminton Olimpik Beijing 2008 menemukan pemain tuan rumah yang juga pilihan pertama, Lin Dan menentang pemain tunggal Malaysia yang juga pilihan kedua, Lee Chong Wei.

Bermula perlawanan, saya menjangkakan Lin Dan bakal mendapat tentangan sengit dari Chong Wei. Namun, dari apa yang saya lihat, Chong Wei gagal menyerap tekanan apabila menentang pilihan pertama itu di hadapan ribuan penyokong tuan rumah yang fanatik dengan kemungkinan memperolehi emas ke-3 dari badminton. Persembahan Chong Wei kurang bertenaga, manakala Lin Dan pula seakan-akan sukar dicabar.

Chong Wei cuba untuk bangkit, namun dia bagaikan tiada formula untuk menumbangkan jaguh 'Tembok Besar China' itu. Namun, secara jujurnya, pujian harus diberikan kepada Chong Wei yang mampu berjuang hingga ke perlawanan akhir. Setelah Malaysia gagal membawa pulang pingat pada 2 temasya sebelum ini, kini pingat perak sudah pun dimiliki. Semangat juang yang ditunjukkan Chong Wei untuk mara ke perlawanan akhir cukup membanggakan. Terutama sekali adalah ketika peringkat separuh akhir menentang Lee Hyung Ill dari Korea Selatan.

Walau apa pun, perak adalah memadai untuk kita kali ini. Semoga Chong Wei memperolehi lebih banyak pengajaran dari perlawanan semalam. Dia masih muda dan boleh pergi lebih jauh. malah, kejayaan ini seharusnya membuka mata pelbagai lagi persatuan sukan untuk turut menyumbangkan pingat untuk kontigen negara. Walaupun sudah agak terlambat untuk temasya kali ini, namun perubahan boleh dibuat menjelang temasya-temasya yang akan datang. Semangatkan semangat Malaysia Boleh, semoga perjuangan memartabatkan sukan negara tercapai.


p/s : Walaupun tak mengharap, tapi nak tengok gak pencapaian Azizulhasni yang sudah mara ke suku akhir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Hanya Tuhan Yang Tahu...

Hari ni takde cerita nak dikongsi lagi sebab duk sibuk sangat dengan keje & pemantauan akademik dari JPP. Cuma saya nak kongsikan lirik yang sentiasa saya dengar sekarang. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Kumpulan UNIC . Lagu ni dah lama sebenarnya, cuma sekarang saya suka dengar balik lagu ni. Mungkin lirik lagu ni agak bermakna dengan keadaan sekarang. so, sama-sama la kita layan ek...Hehehe... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UNIC - Hanya Tuhan Yang Tahu... Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Ilahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh Tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini mendambakan kasih Insan yang ku sayang C/o: Di hati ini Hanya Tuhan yang tahu Di hati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku...