Akhirnya, setelah 4 bulan bersiaran, Gangstarz 2 melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan One Nation Emcees dari Malaysia sebagai juara, menewaskan 4 kumpulan lain iaitu Akasia (Malaysia), D'Reborn (Indonesia), 3.5 dan Paragon Child (Filipina).
Setiap kumpulan dikehendaki membuat 2 persembahan iaitu persembahan solo dan duet bersama artis pilihan. Paragon Child berduet bersama Ezlynn, 3.5 bersama Lah Ahmad, D'Reborn bersama Dayang Nurfaizah, Akasia bersama Norazina Idris, dan One Nation Emcees memilih Jeffrydin sebagai duet.
Secara keseluruhannya, persembahan dari setiap finalis adalah hebat. Malah, namun yang paling mencuri tumpuan adalah kemunculan Jeffrydin bersama kumpulan One Nation Emcees. Jadi, tidak hairanlah kumpulan ini mendapat jumlah pungutan bintang paling banyak dari juri.
Secara peribadi, saya cukup menyokong kumpulan One Nation Emcees kerana identiti kumpulan mereka cukup unik. Malah mereka menepati pilihan saya untuk menjadi juara bagi musim kedua ini. Sebagai juara, mereka memenangi USD 100,000.00 atau lebih dari RM 300,000.00. Selain itu, mereka turut memenangi RM 10,000.00 dan percutian ke Bali hasil kutipan undi terbanyak sepanjang musim. Hadiah ini ditaja sepenuhnya oleh Hotlink.
Apa pun, tahniah saya ucapkan kepada One Nation Emcees. Kepada kumpulan lain, syabas kerana mampu memberikan cabaran yang hebat di pentas akhir kali ini.
Ulasan