Selepas keputusan program PAC dikeluarkan pada 12 Januari lepas, saya selalu je buka laman web SPA untuk tengok tarikh temuduga untuk jawatan PTD (M41). Bukan apa, nak buat persiapan serba sedikit. Nanti tak la malu sangat bila dalam bilik temuduga nanti. Hari Sabtu baru ni, semasa saya datang ke pejabat dengan Man, saya pun sempat jugak la buka laman web SPA. Akhirnya, saya tengok dah ada pun semakan untuk temuduga tu. Temuduga akan diadakan pada 4 Mac nanti di Pusat Temuduga SPA di Kota Bharu. Macam-macam perasaan ada. Maklumlah, selepas mengharungi 2 peringkat sebelum ni yang agak mencabar, akhirnya tiba untuk peringkat terakhir. Macam biasa, saya tetap tidak meletak sebarang harapan yang tinggi untuk temuduga ni. Bagi saya, mungkin ini pengalaman yang boleh saya ambil. Maklumlah, ramai juga yang kandas semasa sesi temuduga ni. Ini kan pula saya yang serba kekurangan ni. Apa boleh saya buat, cuba yang terbaik. Kalau dah rezeki saya, ada la tu. Kalau tak ada rezeki, kena teruskan hid