Langkau ke kandungan utama

6 Kepada 2...

Sekarang ni dah musim kegawatan ekonomi. Orang sedang memperkatakan tentang sektor swasta yang sedang mengalami krisis kewangan sehingga menyebabkan ramai kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Ramai yang terpaksa mencari pekerjaan lain.

Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, mereka merasakan bahawa kakitangan di sektor awam lebih bernasib baik ketika ini kerana tidak akan diberhentikan sepertimana mereka. Malah, ini mendorong pihak Kerajaan untuk cuba menyerap seramai mungkin mereka yang dibuang kerja ini ke sektor awam. Mungkin mereka yang terlibat gembira dengan berita ini.

Tapi, adakah masyarakat sedar bahawa ada juga di antara pekerja di sektor awam yang terjejas dengan situasi ekonomi sekarang..? Lebih tepat lagi, ada pekerja di sektor awam yang akan ditamatkan perkhidmatan kerana kegawatan ekonomi..?

Sebenarnya, dalam sektor awam ada beberapa jenis status kakitangan. Bukan semuanya kakitangan di sektor awam adalah berstatus kakitangan tetap. Ada lagi status lain seperti kakitangan kontrak dan kakitangan sambilan. Mereka inilah yang saya maksudkan bahawa akan terjejas peluang pekerjaan mereka sewaktu kegawatan ekonomi ni. Kenapa saya berkata begini...?

Kakitangan tetap sememangnya tidak akan terjejas tempoh perkhidmatan mereka kerana mereka sudah dilantik secara tetap melalui pelbagai proses yang telah ditentukan. Bagi kakitangan kontrak, tempoh perkhidmatan mereka tertakluk kepada perjanjian sewaktu tawaran kerja ini dibuat. Sama ada 2 tahun atau 3 tahun, ataupun seberapa lama yang dikehendaki oleh pihak yang menawarkan. Begitu juga dengan kakitangan sambilan, perkhidmatan mereka berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan. Berbeza sedikit dengan kakitangan kontrak, kakitangan sambilan akan berkhidmat selama 6 bulan. Jika ingin digunakan lagi oleh pihak yang menawarkan jawatan itu, tempoh akan disambung lagi 6 bulan. Begitulah seterusnya.

Oleh itu, apabila berlakunya kegawatan ekonomi seperti sekarang, jawatan mereka yang akan 'dikorbankan' oleh sektor awam untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Peluang mereka untuk diserap secara tetap adalah mustahil kerana prosedur telah menjelaskan bahawa pengambilan kakitangan sektor awam adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan awam (SPA).

Apa yang saya cuba sampaikan di sini bukanlah berdasarkan apa yang saya dengar sahaja, tetapi juga melibatkan pengalaman saya sendiri. Malah, situasi ini juga turut
melibatkan saya selaku kakitangan sambilan.

Pagi tadi, sewaktu mula-mula sampai pejabat, saya didatangi oleh Kak Ida, rakan sekerja yang juga kakitangan sambilan seperti saya. Kak Ida beritahu saya bahawa semasa mesyuarat pegawai semalam, Pengarah telah menyatakan bahawa hanya 2 orang kakitangan sambilan yang akan digunakan bagi mengurangkan kos perbelanjaan jabatan yang semakin terhad. Ini bermakna, daripada 6 orang kakitangan sambilan sekarang, 4 orang akan ditamatkan perkhidmatan, ataupun tidak lagi disambung tempoh perkhidmatannya.

Rasanya saya dah dapat agak apa yang akan berlaku nanti. Yela, kalau dah 4 orang yang akan diberhentikan, tentu sahaja akan melibatkan penilaian semula oleh ketua bahagian secara keseluruhan. Tentu sekali juga saya tidak akan terkecuali untuk dipertimbangkan, sama ada diberhentikan atau disambung.

Walau apa keputusannya, ianya bukanlah sesuatu yang menggembirakan bagi saya. Kalau saya terpilih untuk dikekalkan, sudah tentu saya akan rasa janggal tanpa kawan-kawan yang dah banyak membantu saya. Jika saya tidak terpilih untuk dikekalkan, sudah tentu juga saya akan terkilan kerana tidak dapat terus berkhidmat di tempat yang dah banyak mengajar saya erti sebenar kehidupan dan alam kerjaya.

Apapun keputusannya, saya sedia terima. Saya redha dengan keputusan yang akan dibuat nanti. Ya, memang saya agak terkilan, namun saya faham bahawa ianya memang tidak dapat dielakkan lagi. Saya harap kawan-kawan yang sama dengan saya di sini juga akan dapat menerima keputusan ini.

p/s : Inilah nasib ku...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole...

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti. Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian. Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudah...