Langkau ke kandungan utama

Siapa Datang Ke Terengganu...?

Hehe...Saje nak buat soalan teka-teki...

Minggu lepas, kawan baik masa di UUM datang ke Terengganu. Sape lagi kalau bukan Mat. Dia datang ke Kuala Terengganu untuk beri latihan kepada mereka yang terlibat dengan kursus di M2Farm, sebuah agensi yang memberi latihan mengenai teknologi maklumat.

Memang saya terkejut bila Mat hantar sms beritahu yang dia berada di Kuala Terengganu. Sempat la 2 kali saya jumpa dia. Hari Selasa lepas, saya dan Man bawak Mat jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu pada sebelah malam. Lepas makan, kitaorang bawak gi tengok Masjid Kristal, Dataran Syahbandar, Pantai Batu Buruk, dan lain-lain lagi. Dalam kul 12 malam gak baru balik. Hari Khamis, saya bawak Bazlin dengan kawannya, Wati jumpa dengan Mat. Diaorang nak bagi hadiah kahwin yang tak sempat dihantar.

Saya tengok Mat sama je dengan dulu, cuma makin tembam. Maklumlah, makin bahagia lepas kahwin ni. Hehehe...Sempat gak sakat dia sebab ada lagi kesan inai kat jari. Biasa la, bleh dikira pengantin baru lagi. Lagi pun keja dah ok, semua dah ok, mestilah bahagia je.

Sekali-sekala dapat lepak dengan member lama ni memang seronok. Harap-harap lepas ni dapat jumpa lagi.

Ulasan

bfie berkata…
ooo mat p ngan bini dier ker? hehehe jeles nih.. buah hati kekasih lama dah kawen ha4.
s b 1 8 9 1 1 9 berkata…
xla...dia dgn geng2 serindit dia la....

sape kekasih lama?o....xckp pun ek....huhu

Catatan popular daripada blog ini

Sebulan Dari Sekarang...

Hari ni, saya dah hantar surat letak jawatan saya kepada pihak pengurusan. Saya menghantar notis sebulan untuk letak jawatan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebelum ditempatkan di tempat kerja baru, sambil memberi peluang pihak pengurusan mencari pengganti.

Secara jujur, berat juga hati nak hantar surat tadi. Sebab dah hampir 10 bulan saya kerja di sini. Tapi demi masa depan, saya kena teruskan. Surat tu saya letak je di atas meja Eksekutif Admin sebab dia cuti sakit hari ni. Tapi saya ada juga email kepada Manager, HR, dan juga pihak HQ. Sebelum balik, Mr Chua dari HR ada menyerahkan borang untuk saya isi sebelum saya melepaskan jawatan saya. InsyaALLAH, esok saya akan hantar balik borang tu untuk pihak pengurusan buat penilaian.

Dengan penyerahan surat ini, maka saya sudah mulakan langkah saya untuk ke alam baru. Sekarang, cuma tunggu surat rasmi je lagi mengenai penempatan saya nanti. Dari sekarang, boleh la saya mula buat persiapan. Saya harap semuanya akan dipermudahkan …

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perbezaan lelaki dan wanita

Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik).
Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa)

Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik)
Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang)

Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh)
Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka)

Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi)

Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap.
Manakala Wanita pula boleh mengeluarkan 100 pata…