Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Jadi Kak Azni...

Semalam, saya dengan Man kena datang pejabat pada waktu petang. Dalam jam 6.30 petang kami sampai sebab ada kerja segera kena siapkan. Pengarah suruh hantar maklumat ke Ibu Pejabat di Putrajaya.

Masa duk buat kerja tu, Man belek la kalendar di atas meja Kak Azni. Tiba-tiba ternampak la tarikh yang ditanda pada kalendar tu. Tarikh tu adalah hari jadi Kak Azni iaitu pada 24 Februari, bersamaan hari ni. Jadi, saya dengan Man pun buat la rancangan untuk beri sedikit kejutan pada Kak Azni. Saya begitu bersemangat nak buat kejutan tu sebab tahun lepas Kak Azni dengan sukarela taja majlis kecil untuk hari jadi saya. Kali ni, saya pula nak beli kek untuk Kak Azni.

Lepas siap kerja, kami keluar makan sebelum keluar cari kek dan hadiah. Masa duk cari hadiah, jumpa pula dengan kawan yang kerja kat bomba ni, Black dengan Soderi. Saje je bagi tahu rancangan rahsia kami ni. Selain tu, Tasha, Kak Ida dan Cik Faiz juga terlibat dalam rancangan ni.


Kak Ida pegang kek untuk Kak Azni.

Pagi tadi, rancangan kami hampir tak berjaya sebab Soderi dah bocorkan rahsia. Dia cakap kat Kak Azni ada kejutan untuk dia hari ni. Kak Azni dah mula tahu, cuma tak dapat agak lagi siapa yang buat.


Kek yang saya dan Man beli untuk Kak Azni.

Kalut gak kami yang terlibat pagi tadi. Hampir-hampir tak jadi, tapi mujurlah Cik Faiz sempat selamatkan keadaan. Bila dah sedia, saya pun bawa kek ke meja Kak Azni. Kak Ida iring belakang saya. Man pula pasang lagu hari jadi kat komputer. Semua kakitangan lain agak terkejut sebab tak tahu rancangan kami ni. Kak Azni pun mestilah terkejut gak. Sampaikan Kak Azni jadi malu...Hehehe....

Lepas tiup lilin, saya bawa balik ke dalam bilik makan untuk sama-sama makan. Cik Faiz ada bawak kuih-kuih lain. Kak Ida pula buat air. Kiranya jadi la majlis kecil kami ni...Hehehe...


Kak Azni potong kek.

Sebenarnya, bukan nilai hadiah atau jenis makanan yang menjadi sandaran. Tetapi rasa hormat pada Kak Azni yang membuatkan kami bersemangat nak buat majlis ringkas ni. Memang tak dapat dinafi, Kak Azni adalah antara kakitangan yang paling dihormati di pejabat...Kak Azni pun dah banyak sangat tolong saya sejak dari saya mula-mula praktikal lagi.

Kepada Kak Azni, selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Lelaki Dan Wanita...

Hari ni saya nak kongsi sedikit benda yang mungkin la boleh dianggap sebagai fakta berdasarkan kajian. Saya tak ingat kat mana dapat benda ni. Sekadar nak berkongsi dengan anda semua. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Perbezaan lelaki dan wanita Lelaki banyak menggunakan otak kiri (berfikir secara saintifik dan logik). Wanita pula menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri (boleh mengendalikan beberapa perkara dalam satu masa) Sudut pandangan Lelaki ialah 90 (boleh focus pada sesuatu benda dengan baik) Sudut pandangan Wanita ialah 120 (cepat perasan kalau ade orang pandang) Lelaki lebih sesuai memandu pada waktu malam. (Jarak penglihatan yang jauh) Wanita sesuai memandu pada waktu siang (Sudut pandangan yang luas-lebih peka) Kulit Lelaki lebih tebal daripada Wanita (sebab tu kulit wanita lebih cepat berkedut dan memerlukan penjagaan rapi) Lelaki boleh mengeluarkan 40 patah perkataan dalam masa 1 minit ketika bercakap. Manakala Wanita pula bole

Pertemuan & Perpisahan...

Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi lumrah kehidupan. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan. Perpisahan juga membuka peluang untuk pertemuan yang lain. Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan, tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan persahabatan. Setiap pertemuan yang berlaku meninggalkan kenangan, tetapi setiap perpisahan tidak semestinya memadamkan memori lalu. Kadang-kadang, pertemuan yang sebentar lebih memberi makna berbanding pertemuan yang tiada kesudahan. Namun, perpisahan dalam tempoh singkat menghadirkan rasa rindu yang berpanjangan...

Letihnya Stock Take...

Akhirnya, derita semingga hampir selesai. Selepas berpenat lelah berjuang, akhirnya, tugasan kami hampir selesai.Sesi pengiraan stok (Stock take) yang berlangsung pada 30 Mac lepas hampir sempurna. Bermula dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dan MIS sibuk dengan persiapan untuk stock take ni. Lepas penerangan secara rasmi oleh Manager, maka bermulalah sesi persediaan yang perlu dibuat. Setiap bahagian mula buat persiapan masing-masing. Tidak lupa juga dengan saya. Saya kena bagi taklimat kepada staff yang akan terlibat sebagai helper & scanner pada hari stock take nanti. Taklimat diadakan pada 23, 34 & 27 Mac lalu. Setiap hari ada 2 sesi. Saya la yang terpaksa 'mengajar' staff lain. Sepatutnya 27 tu hari offday saya. Tapi terpaksa la keje gak. Sesi taklimat ringkas kepada staff Selepas selesai semua taklimat, saya sibuk pula menyiapkan mesin untuk digunakans ebagai scannaer pada hari stock take tersebut. Kami diminta menyiapkan 25 buah mesin untuk digunakan. Pad